Saturday 16 March 2019

Pemilihan Jurusan Farmasi Melalui UPU


Penulis baru sahaja dapat email yang menanyakan persoalan tentang Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari seorang pelajar matrikulasi yang sedang membuat pemilihan untuk mengisi borang permohonan online Unit Pengambilan Universiti (UPU). Berikut adalah soalan yang penulis terima.

Pemilihan Jurusan Farmasi Melalui UPU



Hi assalamualaikum. Saya AA dari Kolej Matrikulasi Selangor. Saya berminat sangat nak tahu dengan lebih lanjut tentang bidang pharmasi ni (Degree in Pharmacy). Boleh saya tahu;

1) Apa sebenarnya yang saya perlu ada sebagai bakal pelajar kursus farmasi?

2) Recommendation IPTA untuk kursus farmasi selaras dengan peluang pekerjaan selepas grad.

3) How life as a pharmacy student.

Saya sekarang sedang menduduki semester akhir dan ada baki 1 bulan lagi sebelum final exam. Tapi sekarang saya dalam dilemma untuk isi UPU memandangkan permohonan dah dibuka. Jadi saya harap email ni dapat dibalas dan sedikit sebanyak membantu saya membuat pilihan yang tepat.

Ciri-Ciri Pelajar Farmasi


kumpulan clerkship penulis di Hospital USM.

Sebelum ini, penulis telah pun berkongsi berkenaan ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang pelajar farmasi yang baik, dalam entri yang bertajuk “Persoalan Tentang Bidang Farmasi” hasil dari soalan yang hampir sama yang telah penulis terima.

Secara kesimpulannya, apa yang telah penulis kongsi dalam entri tersebut adalah, untuk menjadi seorang pelajar farmasi yang baik, seseorang itu perlu ada ialah semangat tidak mudah putus asa, dan sanggup menjadi “life-long-learner”.

Pemilihan IPTA Untuk Jurusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi


Dalam hal ini, perkaran yang paling penting dalam pemilihan IPTA mahupun IPTS dalam bidang farmasi adalah, pastikan dahulu IPT tersebut diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia untuk menjalankan program ijazah sarjana muda farmasi.

Bagi melihat senarai IPT yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia, boleh ke lawan sesawang www.pharmacy.gov.my atau ke pautan link dibawah :

Senarai Ijazah Farmasi Diiktiraf Lembaga Farmasi Malaysia - https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/senarai-ijazah-farmasi-diiktiraf-lembaga-farmasi-malaysia.html

Senarai Universiti Tempatan Dibenarkan Menawarkan Kursus Farmasi - https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/senarai-universiti-tempatan-dibenarkan-menawarkan-kursus-farmasi.html

Dari segi peluang pekerjaan, tak ada banyak perbezaan sebenarnya dari IPT mana pelajar itu belajar. Yang penting, belajar bersungguh-sungguh, lulus degree dengan keputusan yang baik, insyaAllah, peluang pekerjaan itu ada.

Cuma sekarang ini, peluang pekerjaan sudah semakin terhad dalam bidang farmasi, tidak seperti zaman penulis dahulu. Pelajar perlu lebih proaktif dalam menentukan farmasi bidang mana yang ingin diceburi. Boleh rujuk entri Persoalan Tentang Bidang Farmasi dan entri Penempatan Farmasi Sudah Penuh?

Kehidupan Sebagai Pelajar Farmasi


Bagi penulis, kehidupan sebagai seorang pelajar farmasi adalah agak sibuk tetapi enjoyable. Selain masa dihabiskan dalam kuliah, dalam makmal, menyiapkan tugasan assignment dan ulangkaji, penulis juga banyak habiskan masa dengan aktiviti ko-k dan persatuan.

Maksudnya, student farmasi ini tidaklah hanya terikat dengan study semata-mata, masih boleh luangkan masa berpersatuan dan dan enjoy bersama kawan-kawan, asalkan bijak menguruskan masa. 

Ask Your Pharmacist


Setakat ini dahulu persoalan dan jawapan yang dapat penulis kongsikan. Jika terdapat persoalan-persoalan berkaitan bidang Farmasi, boleh ajukan kepada email mfaizakaria@gmail.com. Yang mana mampu, penulis akan cuba sedaya untuk menjawab. InsyaAllah..

Tanyalah Ahli Farmasi anda. #AskYourPharmacist

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...