Saturday 1 October 2016

Penempatan Farmasi Sudah Penuh?



Penempatan Farmasi Sudah Penuh?


baru-baru ni, penulis telah diajukan soalan di laman Google+ oleh seorang ibu kepada seorang pelajar farmasi yang sedikit bimbang akan masa depan dan peluang pekerjaan anak dia nanti.


Situasi


Memang ramai sekarang graduan lepasan farmasi tapi masih belum dapat kerja. Masih menunggu panggilan posting malah ada yg baru menunggu panggilan interview.  Junior penulis (graduan usm) pun dah ada yang menunggu hampir setahun.

Ada yang masih menunggu untuk interview. Itu belum tunggu posting lagi. Dan kalau gagal temuduga, kena repeat temuduga sampai lulus, lepas tu baru tunggu penempatan posting sebagai provisional registered pharmacist, PRP (farmasi dalam tempoh latihan setahun sebelum dapat lesen penuh farmasi)

Tapi,  Kalau mengikut beban kerja di hospital (institusi lain penulis tak pasti), farmasi sebenarnya masih tidak mencukupi. Malah,  ada hospital yang sangat kekurangan PRP baru sehinggakan pegawai farmasi senior terpaksa lakukan tugas-tugas yang sebelum ni PRP yang buat.  

jadi, betul ke ramai graduan farmasi belum dapat panggilan disebabkan penempatan farmasi sudah penuh?

Bajet Kewangan


Masalahnya yang penulis nampak  sekarang bukan penempatan farmasi dah penuh dalam hospital tapi masalah peruntukan bajet kewangan KKM.  Tambahan pula,  semua penambahan post jawatan baru dlm KKM sekarang telah dibekukan sehingga tahun 2018 disebabkan kekangan bajet. -sumber berita dari kursus PTM yang baru sahaja penulis lalui bulan september 2016.

Dimana bajet kesihatan pihak kerajaan pergi? sedar tak setiap kali anda pergi ke klinik dan hospital kerajaan, anda akan dikena charge RM1. Adakah harga ubat dan servis hospital dan klinik hanya seringgit? di situ lah bajet kesihatan negara banyak dihabiskan. Perlu diingatkan bahawa kos kesihatan yang kerajaan tanggung itu bukannya sedikit.

Penyelesaian : cuba cabang lain selain hospital kerajaan


Antara langkah persediaan menghadapi masalah ni yang boleh anak makcik ni dan pelajar-pelajar farmasi lain ambik adalah dengan mencuba bidang lain selain farmasi hospital.  Sebab bidang farmasi ni luas,  cuma sejak dari dulu hingga sekarang,  kita di Malaysia hanya banyak tumpu arah hospital.

Ada bidang farmasi industri, komunity,  research, pendidikan,  dan sebagainya.  Dan sekarang kerajaan dah pun membuka peluang graduan farmasi untuk jalankan PRP di hospital swasta dan kedai farmasi komuniti.

junior penulis 

Dan penulis bagi contoh,  di USM kini pelajarnya sudah dipecah kepada 2 cabang,  farmasi klinikal (hospital)  dan industri.  IPT lain penulis tak pasti tapi rasanya banyak dah IPT yang dah start buat macam tu, supaya lepas grad nanti tak hanya tumpu ke hospital.

contoh plan pelajar farmasi selepas bergraduasi 

Jadi, Pelajar farmasi sekarang dah kena start jadi pro-aktif. Dah kena mula rancang flow untuk masa depan. tak boleh lagi just follow the flow je sebab sekarang aliran flow farmasi dah mula banyak bercabang.

IPTA vs IPTS


Isu IPTA IPTS penulis tak pasti,  sebab batch penulis dulu,  tak ada beza pun.  Asalkan lulusan dari IPT yang tarafnya disahkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia (LFM), tak ada masalah. Untuk nak tengok senarai IPTA IPTS yang disahkan oleh LFM untuk jalankan Ijazah Sarjana Muda Farmasi, boleh tengok kat portal www.pharmacy.gov.my,

Tapi sedikit sebanyak, penulis tak nafikan sesetengah IPT sudah ada reputasinya tersendiri. tapi tak akan beri kesan sangat terhadap penempatan lepas grad. Jangan risau kalau anda takut ada bias.

Harap dapat membantu...

Jangan Malu Bertanya

kalau pembaca ada soalan, jangan malu bertanya penulis. tak kisah la pasal farmasi, pasal ubat, ataupun berkenaan info kesihatan am. akhir kata, tanyalah ahli farmasi berdekatan anda.

1 comment:

  1. 'Tapi sedikit sebanyak, penulis tak nafikan sesetengah IPT sudah ada reputasinya tersendiri. tapi tak akan beri kesan sangat terhadap penempatan lepas grad. Jangan risau kalau anda takut ada bias.'

    Assalamualaikum berkenaan pernyataan diatas,
    IPT mana yang tak akan beri kesan sangat terhadap penempatan lepas grad? Mohon pencerahan terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...