Tuesday 22 January 2019

Khasiat minum teh kepada jantung


Sebelum ini, penulis ada berkongsi tentang minuman kopi dan khasiatnya terhadap kesihatan. (lihat entri Kebaikan Kopi Dari Segi kesihatan) Tetapi bagai mana pula dengan minuman teh? Sebagai seorang yang gemar minum teh, penulis juga tertanya-tanya berkenaan hal ini.

Berikut antara kajian yang penulis jumpai berkenaan khasiat minum teh, terutamanya bagi pesakit jantung.

Khasiat minum teh kepada jantung



Sebuah kajian yang telah dijalankan pada tahun 2016 telah menunjukkan pengambilan minuman teh boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Menurut penulis kajian tersebut, Dr P Elliott Miller dari National Institutes of Health, menyatakan bahawa peminuman teh yang biasa (moderate) dapat kurangkan kejadian serangan penyakit jantung berbanding minuman kopi.

Kajian ini menyokong saranan “American Heart Association” yang menyatakan pengambilan teh secara kebiasaan merupakan sebahagian daripada gaya hidup yang sihat. 

Hasil kajian ini telah diterbitkan pada 15 september 2016 oleh “American Journal of Medicine” yang menunjukkan mereka yang mengambil 1 cawan teh sehari atau lebih, boleh mengurangkan kejadian penyakit jantung, berbanding mereka yang langsung tidak meminum teh.

Hasil kajian ni mungkin disebabkan oleh kandungan antioxidant yang terdapat dalam teh. Menurut Dr Miller, hasil kajian ini juga mungkin disebabkan oleh kandungan flavonoids yang terdapat dalam teh dimana terdapat beberapa kajian lain yang menyokong khasiat flavonoids bagi penyakit jantung koronari. 


Mungkin ramai antara pesakit jantung yang tertanya-tanya adakah minuman berkaffein seperti kopi dan teh boleh diminum atau tidak. Berdasarkan kajian ini, ianya menunjukkan terdapat kesan yang baik bagi teh dan tiada kesan (neutral effect) bagi kopi. Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa pengambilan air teh pada kadar biasa (1 hingga 2 cawan sehari) adalah selamat diambil oleh pesakit jantung, menurut Dr Miller.

Walaubagaimanapun, ini adalah kajian “observational study” dimana kata putus secara mutlak tidak dapat dipastikan sama ada benar kesan positif ini datang daripada minuman teh, ataupun berpunca dari gaya hidup peminum itu sendiri.


Sumber dan rujukan:
1. Miller PE, Zhao D, Frazier-Wood AC, et al. Associations between coffee, tea, and caffeine intake with coronary artery calcification and cardiovascular events. Am J Med 2016; DOI:10.1016/j.amjmed.2016.08.038.
2. Moderate Tea Drinking May Slow CAC Progression, Cut CV Event Risk: MESA - Medscape - Sep 23, 2016.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...