Sejak keputusan SPM 2021 keluar pada 10 Jun 2021 yang lalu, penulis ada menerima beberapa persoalan dari lepasan SPM berkenaan syarat kelayakan untuk menyambung pelajaran dalam bidang farmasi.
Berdasarkan carian yang dilakukan di laman portal rasmi Program
Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat satu artikel yang
bertajuk Syarat-syarat Kelayakan Masuk Minimum Ke Program Farmasi. Syarat ini
dikeluarkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia yang berkuatkuasa mulai 15 Januari
2018.
Kelayakan Minimum ke Program Farmasi
Berikut merupakan
syarat-syarat kelayakan masuk minimum ke program ijazah farmasi yang
dimaksudkan. Setiap pelajar perlu mematuhi Syarat A dan Syarat B (jika ada) seperti di atas sebelum meneruskan pengajian di peringkat ijazah farmasi.
Kemasukan melalui STPM |
|
Syarat A CGPA 3 dengan gred BBB, ABC atau AAC dalam tiga (3) subjek iaitu; Biologi; dan Kimia; dan Fizik atau Matematik dengan sekurang-kurang nya B dalam
subjek Kimia |
Syarat B Syarat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi. |
Kemasukan melalui A - LEVEL |
|
Syarat A 3B ATAU 2A1C ATAU 1A1B1C dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik ATAU Matematik dengan sekurang-kurangnya B dalam subjek Kimia. (Dengan merujuk Sistem Skor Universities and Colleges Admission Service (UCAS) yang dilaksanakan di United Kingdom bagi keputusan A-Level iaitu dengan ketetapan skor A+ = 140, A=120, B= 100 dan C=80) *Keperluan 3B yang dicadangkan oleh LFM adalah menyamai jumlah skor 300 dengan B untuk matapelajaran Kimia. |
Syarat B Syarat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi. |
Kemasukan melalui
MATRIKULASI ATAU PRA-PENGAJIAN PERUBATAN DAN FARMASI |
|
Syarat A Matrikulasi ATAU Pra-Pengajian Farmasi/ Perubatan dengan CGPA 3.0 ke atas dengan sekurang - kurangnya B bagi Kimia. Program perlu di jalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun. |
Syarat B Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5B dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik DAN Matematik (ATAU Matematik Tambahan) DAN satu subjek lain di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara. Syarat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.. |
Kemasukan melalui
FOUNDATION DALAM SAINS |
|
Syarat A Foundation dalam Sains dengan CGPA 3.0 ke atas dengan sekurang - kurangnya B bagi Kimia. Program perlu di jalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun. |
Syarat B Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5B dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik DAN Matematik (ATAU Matematik Tambahan) DAN satu subjek lain di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara. Syarat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.. |
Kemasukan melalui
DIPLOMA |
|
Syarat A Diploma Sains (Kimia atau Biologi atau Fizik) CGPA 3.75 dan ke atas termasuk B dalam subjek Kimia. ATAU Diploma Farmasi CGPA 3.5 dan ke atas. |
Syarat B Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5B dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik DAN Matematik (ATAU Matematik Tambahan) DAN satu subjek lain di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara. Syarat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.. |
Kemasukan melalui
IJAZAH PERTAMA DALAM SAINS |
|
Syarat A Ijazah Pertama dalam Sains CGPA 2.75 dan ke atas. (CGPA 2.75 = Gred C+). |
Syarat B -tiada- |
assalam,maaf bertanya.. kalau subjek sains semua dapat c, boleh ke sambung diploma farmasi?
ReplyDeletekalau sekadar diploma, boleh.
ReplyDeleteassalamualaikum, nk tnya kalau spm saya subjek Bio dan Fiz tak dapat B masih boleh smbung degree atau tak?
ReplyDeleteboleh, kalau melalui stpm
DeleteAssalamualaikum, kalau saya aliran sains komputer di matrikulasi, boleh ke sambung degree farmasi? Sbb aliran saya ada Kimia dan biologi, cuma xde fizik
ReplyDeleteboleh. asalkan ada kimia.
DeleteAssalamualaikum,nk tanya kalau SPM saya subjek fizik c+. Sekarang belajar di matrikulasi.Boleh sambung degree farmasi atau pharmaceutical?
ReplyDeletesepatutnya minima B. boleh cuba utk try nasib..
DeleteAssalamualaikum,nk tanya kalau SPM saya subjek fizik c+. Sekarang belajar di matrikulasi.Boleh sambung degree farmasi?
ReplyDeletesepatutnya minima B. boleh cuba utk try nasib..
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSalam kak , dapat sambung tak kak? saya dapat result spm sama macam akak jugak ;-; saya nak sambung degree farmasi jugak hmm
DeleteAssalam,kalau matrikulasi sains computer 4 sem boleh sambung degree farmasi tak? Atau memang tak ada peluang?
ReplyDeletezaman matrikulasi saya dulu tak sama dengan zaman sekarang. dulu tak ada jurusan sains komputer. jadi saya tak layak nak jawab soalan ni..
DeleteHai nk tanya kalau spm tak ada subjek biologi,masih ada peluang nak jadi farmasi tak?
ReplyDeleteHi encik, saya graduate diploma pd tahun 2012,CGPA 3.67. Sekarang saya berminat sambung degree in pharmacy.boleh dapat peluang belajar?
ReplyDeleteHai nak tanya, kalau tak ambik fizik ada peluang nak jadi farmasi tak?
ReplyDeleteSaya nak tyr klau x ambil bidang sains tulen lepas spm blh ke ambil farmasi
ReplyDeleteasalkan ada bio/fizik/kimia/sains mana mana ade credit dan pass bm bole aply , nak tau lebih can dm miss 0166371460
DeleteHai saya nak tanya , untuk menjadi ahli farmasi memang wajib ambil subject BIOLOGI ke ? kalau just subject Kimia Fizik boleh ke apply bidang pharmacist ?
ReplyDeletemaaf selit jawab-ade sesetgh u terima je asalkan ade salah satu kimia /fizik/sains gunaan.,tak semestinya ada bio..- utk info akak share- IJN institut ade offer diploma farmasi dan perubatan ya, tempat terhad jika berminat boleh pm sis 0166371460 sis bantu bg info-dekat IJN ni senang nak aply trus kerja dengan gomen/IJN -so cepat cepat dm sis...selain tu ada bidg fisioterapi dan psikologi juga...jom wsp ya.
Deletehi untuk jadi pharmacist ni memang wajib amik aliran sains tulen ke untuk spm nanti?
ReplyDeleteHi nak tanya kalau result fizik bio c kimia d boleh ambil farmasi tak? Politeknik ada tak diploma farmasi?
ReplyDeleteAssalammualaikum saya nak tanya bole tak saya sambung degree dalam bidang farmasi tanpa mengambil aliran sains semasa spm....kalau tak boleh, ada tak apa-apa cara yang saya bole buat untuk saya menyambung degree dalam bidang farmasi sebab saya sekarang belajar diploma farmasi tapi waktu spm dulu saya aliran geografi dan sekarang saya belajar farmasi peringkat diploma jadi saya fikir saya nak sambung sampai degree untuk bidang farmasi walaupun saya tiada aliran sains semasa spm dulu
ReplyDelete