Friday 29 November 2013

Bahaya Ubat Batuk Dan Selesema Terhadap Kanak-Kanak

Organisasi kesihatan Seluruh Dunia (World Health Organisation - WHO) secara amnya telah mengeluarkan amaran keras bagi penggunaan ubat batuk dan selesema terhadap kanak-kanak yang berumur kurang daripada 2 tahun tanpa arahan dari doktor. Malangnya, ubat-ubat sebegini mudah didapati di kedai-kedai farmasi tanpa memerlukan pengesahan doctor.


Ubat-ubat yang dimaksudkan termasuklah ubat yang mengandungi bahan aktif untuk melegakan hidung tersumbat, antihistamin yang membawa kesan menangantuk, serta ubat mengeluarkan kahak (lihat senarai contoh ubat di bawah). Kumpulan ubat yang paling membimbangkan adalah dari kumpulan antihistamin yang menyebabkan kesan menagantuk.

Bahaya ubat batuk dan selesema terhadap kanak-kanak


Penggunaan ubat batuk dan selesema boleh mengundang bahaya yang tidak diingini terhadap kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun. Terdapat beberapa kes di Amerika syarikat yang melibatkan kesan sampingan yang teruk dan kematian terhadapt kanak-kanak di bawah umur 2 tahun yang diberikan ubat batuk dan selesema ini.

Hasil kajin juga telah mendapati bahawa tiada bukti kukuh terhadap keberkesanan ubat batuk dan selesema bagi kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun. Malah, apabila risiko kesan sampingan diambil kira, tiada justifikasi untuk memberikan ubat-uabat ini kepada kanak-kanak.

Kesan sampingan lazim


Secara asanya, ubat antihistamin generasi pertama memberikan lebih bayak kesan sampingan berbanding antihistamin generasi kedua. Namun begitu, penggunaan antihistamin generasi kedua juga tetap tidak digalakkan untuk kanak-kanak dibawah umur 2 tahun.

Antihistamin generasi pertama boleh menyebabkan kesan sampingan seperti mengantuk, pening dan hilang koordinasi badan. Kesan-kesan yang lain termasuklah ketar pada anggota badan, halusinasi dan sawan. Kanak-kanak yang diberikan dos yang berlebihan boleh membawa kepada kesukaran bernafas, koma, dan seterusnya kematian.

Contoh ubat


Ubat melegakan hidung tersumbat

  • Ephedrine
  • Pseudoephedrine
  • Phenylephrin


Antihistamin yang membawa kesan menangantuk (antihistamin generasi pertama)

  • Diphenhydramine
  • Brompheniramine
  • promethazine
  • chlorpheniramine


ubat mengeluarkan kahak

  • guaifenesin
  • ipecacuanha


Antihistamin generasi kedua

  • Cetrizine
  • Loratidine


Rawatan alternative


Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan ibubapa sekiranya anak-anak mereka yang berumur dibawah 2 tahun mengalami batuk dan selesema adalah seperti:

  1. Menggunakan ‘mist humidifer’ dapat membantu melegakan hidung tersumbat dan memudahkan pernafasan.
  2. Titiskan atau semburkan cecair saline dapat mengekalkan kelembapan rongga hidung dan mengelakkan hidung tersumbat.
  3. Sedut hidung kanak-kanak dengan menggunakan picagari ‘bulb’ dengan atau tanpa titisan saline bagi kanak-kanak yang berumur kurang dari setahun.

rawatan selesema, hidung tersumbat, batuk, alternatif
contoh mist humidifier


Jika anak anda berumur lebih dari 2 tahun dan diberikan ubat batuk atau selesema.


Sekiranya anak-anak anda yang berumur lebih dari 2 tahun dan diberikan ubat batuk atau selesema, sebagai ibubapa anda haruslah memastikan bahawa:

  1. Sentiasa ikut arahan doctor dan informasi yang terdapat pada label ubat
  2. Jangan melebihi dos yang telah ditetapkan walaupun tiada kesan positif yang ditunjukkan
  3. Sukat ubat menggunakan sudu atau picagari yang disediakan bersama ubat tersebut. Elakkan menggunakan sudu makanan yang biasa
  4. Jangan menggabungkan ubat batuk / selesema tanpa arahan doctor atau ahli farmasi.


Rujuk ahli farmasi berdekatan anda 


Untuk sebarang persoalan atau ingin mendapatkan lebih kepastian, sila rujuk dengan doktor dan ahli farmasi berdekatan anda.

Rujukan : 
1. Cheong M. (2013 Oct. 7).  The danger of cough & cold products for infants & small children; The Malaysian Medical Gazette. Retrieved from http://www.mmgazette.com/cough-cold-infants/ 
2. Hoecker JL. (2013 July 2). When should I use a cool-mist humidifier vs. a warm-mist humidifier for a child with a cold?; mayo Clinic. retrived from http://www.mayoclinic.com/health/cool-mist-humidifiers/AN01577

7 comments:

  1. Perkongsian yg bagus ni.. mmg kena alert. T kasih Pha Is..

    ReplyDelete
  2. nice sharing ni pha is. ramai yg kurang alert psl perkara2 camni

    ReplyDelete
  3. hm.. thanks for sharing. lepas ni parents mungkin akan lebih alert

    ReplyDelete
  4. Terang dan jelas. Terima kasih kerana berkongsi pha is. Tak tau pulak pha is ada blog ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.. blog ni sekadar blog sampingan dari yang lagi 1 tu.. sekadar memainkan peranan saya sebagai seorang bakal 'health care provider' kepada masyarakat.

      Delete
  5. rasanya ramai yang ikut suka bagi pada anak asal nampak cepat sembuh...terima kasih atas perkongsian ini
    www.metrobestmom.com

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian ini.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...