Kewujudan pelbagai produk kesihatan dan kosmetik di pasaran yang tidak berdaftar malah membahayakan kesihatan berada diparas yang amat membimbangkan. Sehubungan dengan itu, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan laman sesawang bagi membolehkan orang awam membuat semakan produk kesihatan dan kosmetik sama ada ianya telah berdaftar ataupun tidak.
Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Kementerian Kesihatan Malaysia di alamat sesawang www.bpfk.gov.my
Semak Produk Kesihatan Berdaftar Dari Aplikasi Myhealth
Kini sebagai pengguna anda boleh membuat semakan pendaftaran produk kesihatan dan kosmetik melalui aplikasi "Myhealth" dari telefon pintar (smartphone) anda, tak kira masa dan dimana jua. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi "Myhealth" dari Google playstore (Android) dan Apps store (Apple) kedalam telefon pintar anda.
Ianya adalah aplikasi yang sama jika anda membuat semakan produk kesihatan berdaftar melalui komputer anda dengan melayari laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Kementerian Kesihatan Malaysia.
cara menyemak produk kesihatan berdaftar dari aplikasi Myhealth
1 : buka aplikasi Myhealth dan pilih menu "Produk Berdaftar"
2 : pilih carian produk berdaftar atau carian produk kosmetik bernotifikasi
3 : pilih sama ada carian melalui nama produk atau no pendaftaran produk (MAL xxxxx..)
4 : pilih sama ada Quest 2 atau Quest 3. untuk semakan produk kesihatan, carian adalah perlu melalui kedua-dua Quest manakala untuk semakan produk kosmetik sahaja, hanya perlu menggunakan Quest 3 sahaja.
5 : masukkan nama produk (jika memilih carian menggunakan nama produk pada langkah 3
6 : selepas carian dijalankan, jika produk tersebut berdaftar, ianya akan dipaparkan. jika tidak, akan keluar paparan "product not exist"
7 : anda boleh melihat maklumat lanjut mengenai produk tersebut (jika produk berdaftar)
Rujukan Tambahan
sebarang persoalan tambahan dan maklumat lanjut mengenai produk kesihatan, produk kosmetik, dan sebagainya, sila rujuk kepada ahli farmasi berdekatan anda.
sumber dan rujukan tambahan:
1. Farmasi Perak. (2013 Nov 13). Semakan Pendaftaran Produk Kesihatan dan Kosmetik. Facebook Photo. dipetik dari https://www.facebook.com/media/set/?set=a.201077870079020.1073741848.160276434159164
2. Farmasi Perak Facebook Page. https://www.facebook.com/farmasiperak
3. Portal Rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Kementerian Kesihatan Malaysia. http://portal.bpfk.gov.my/
T kasih diatas perkongsian.. sgt2 bermanfaat.
ReplyDeleteKalau x jumpa blog ni mesti saya tak tahu lagi pasal apps ni..
ReplyDeleteinfo yang berguna, terima kasih
ReplyDeletethanx for sharing.. ^_^
ReplyDeletebagus nih.. hehe.. senang nak check pasni
ReplyDeletetahniah...blog yang cantik..terima kasih perkongsian ini
ReplyDeletesama-sama..
DeletePERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
sory, I'm not a doctor, just a pharmacist...
DeleteHI....sy try knp xboleh ye..
ReplyDeletesaya try pun tak boleh. maybe sebab kurang sambutan, jadi apps ni dah lama sangat tak diupdate oleh developer...
DeleteSamaa .. tak boleh jugak .. loading sehari suntuk
ReplyDelete