Wednesday, 3 October 2018

Logo Farmasi Komuniti, Apotek


Logo Farmasi Komuniti


Mungkin anda pernah melihat logo seperti di atas di mana-mana premis farmasi komuniti. Tahukah anda bahawa logo diatas sebenarnya adalah logo rasmi bagi semua farmasi komuniti di Malaysia?

Logo farmasi komuniti ini telah dilancarkan pada Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Kebangsaan 2017 yang lalu oleh Y.B. Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia pada ketika itu.

Kini, logo farmasi komuniti ini perlu dipaparkan di semua farmasi komuniti di seluruh Malaysia pada bahagian papan tanda premis atau di kawasan dimana papan tanda diletakkan yang boleh dilihat dengan jelas oleh orang awam.

kod warna logo farmasi komuniti

Dengan adanya keseragaman logo farmasi komuniti ini diharapkan ianya dapat mewujudkan satu identiti pengenalan farmasi komuniti umum seterusnya dapat menjadikan farmasi komuniti sebagai salah satu pusat mendapatkan perkhidmatan profesional ubat-ubatan oleh orang awam.

Farmasi komuniti, Apotek


contoh farmasi komuniti, apotek berlogo komuniti farmasi

Apakah itu farmasi komuniti? Istilah farmasi komuniti adalah terbitan dari community pharmacy yang merujuk kepada Farmasi runcit yang melayan keperluan awam dalam suatu kawasan atau daerah tertentu.[1]

Selain farmasi komuniti, ianya turut dikenali dengan nama “Apotek” atau “farmasi masyarakat”, yang merupakan istilah dari bahasa Indonesia yang juga merujuk kepada maksud yang sama iaitu premis farmasi komuniti.[2]

Kesimpulannya farmasi komuniti adalah premis yang mempunyai pegawai farmasi yang bertauliah dan berdaftar dibawah Lembaga Farmasi Malaysia dan mempunyai lesen untuk menjalankan urus niaga ubat-ubatan disamping menyediakan khidmat nasihat kesihatan, terutamanya berkenaan ubat-ubatan.

Logo Farmasi Komuniti : membezakan farmasi komuniti dari kedai runcit ubat.


contoh komuniti farmasi berlogo

Dengan adanya logo farmasi komuniti ini, diharapkan orang awam dapat membezakan yang mana kedai runcit ubat, dan yang mana farmasi komuniti. Yang mana hanya menjual ubat secara runcit, dan yang mana menjalankan perkhidmatan kesihatan secara professional oleh ahli farmasi yang bertauliah.

Sebagai contoh, kini rangkaian kedai ubat terkenal seperti Guardian, Watson, dan sebagainya turut mempunyai pegawai farmasi yang bertauliah di premis tersebut yang menjadikan ianya termasuk dalam katagori farmasi komuniti. Akan tetapi tidak semua premis mempunyai ahli farmasi.

contoh guardian yang mempunya logo farmasi komuniti

Jadi, bagi mengenal pasti antara dua jenis premis ini, anda boleh melihat sama ada papan tanda premis tersebut mempunya logo farmasi komuniti ini ataupun tidak. Sekiranya premis tersebut memaparkan logo komuniti farmasi pada papan tanda, premis tersebut merupakan premis yang mempunyai pegawai farmasi yang bertauliah. Manakala premis yang tiada logo farmasi komuniti pada papan tanda adalah hanya kedai ubat biasa.

Sebarang persoalan, boleh merujuk kepada Ahli Farmasi Berdekatan anda.
#AskYourPharmacist


Sumber dan rujukan :
1. Istilah Bahasa Melayu, Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dipetik dari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=farmasi+komuniti&d=69812&#LIHATSINI
2. Istilah MABBIM, Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dipetik dari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=farmasi+komuniti&d=286464&#LIHATSINI

12 comments:

  1. SEPATUTNYA KE FARMASI YG ADA LOGO N BERTAULIAH UTK MNDAPAT UBATAN YG MEYAKINKAN

    ReplyDelete
  2. Oh! baru tahu.
    Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  3. thanks for the info..baru tahu..

    ReplyDelete
  4. yang ini info penting! terutama sekali bila nak beli ubat-ubatan yang common people like myself are not familiar with.


    Live Life to the Fullest!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bertanya kepada ahli farmasi komuniti berdekatan.. #AskYourPharmacist

      Delete
  5. Oh..good sharing. Saya baru tahu tentang farmasi komuniti ni..

    ReplyDelete
  6. Owh itu maksud logo tu rupanya. Dulu ingatkan semua tu satu company

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...