Monday 15 June 2015

Panduan : Ubat Diabetes dan Puasa


[Panduan : Diabetes dan Puasa ini khas untuk mereka yang mengidap penyakit diabetes (kancing manis) pada bulan puasa. Bagi panduan mengambil ubat biasa bagi penyakit-penyakit lain pada bulan puasa, rujuk entri Panduan Pengambilan Ubat semasa Berpuasa.]

Panduan : Diabetes dan Puasa  




Mengikut Kajian Kesihatan Dan Morbidity Kebangsaan pada tahun 2006, terdapat lebih 2 juta rakyat Malaysia yang mengidap menyakit kencing manis (diabetes). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1.2 juta daripadanya terdiri daripada mereka yang beragama islam. Persoalannya, bolehkan mereka menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan sepertimana orang biasa?

Firman Allah A’zza wa jalla,

“Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Al-Baqarah 2:183)

Namun begitu, mereka yang mengidap penyakit diabetes ada kalanya tidak mampu untuk berpuasa sepanjang hari dalam bulan ramadhan disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi. Dalam hal ini, Islam membenarkan pesakit yang mempunyai penyakit  serius seperti diabetes untuk berbuka puasa sekiranya boleh memudaratkan penyakit.

Pengidap Diabetes Yang Tidak Digalakkan Berpuasa


Antara pengidap diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuklah:

1. penyakit diabetesnya tidak terkawal dengan baik. Golongan ini dibimbangi akan menghadapi pelbagai komplikasi kesihatan seperti dehidrasi (badan kekurangan air), jangkitan kuman, dan koma.

2. mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit koronari jantung yang berterusan, terkanan darah tinggi yang tak terkawal, dan kerosakan buah pinggang.

3. kerap mengalami komplikasi diabetic ketoasidosis. Biasanya lebih cenderung kepada pesakit Diabetes Mellitus Jenis I. Biasanya adalah disebabkan oleh dos insulin yang tinggi dan pengambilan makanan yang sedikit ketika berpuasa.

4. kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kurang gula dalam darah), terutama kepada pesakit yang mempunyai sejarah 2 kali atau lebih pada bulan puasa yang lalu.

5. sedang mengalami jangkitan kuman

6. warga tua yang tinggal bersendirian

7. Hamil yang memerlukan suntikan insulin. Bagi pesakit Diabetes Jenis I, II dan Gestasi yang ingin berpuasa, mereka perlulah berbincang dengan Pakar Perubatan dan Pegawai Dietetik berkenaan ubat dan diet yang sesuai semasa berpuasa.
  

Panduan Bagi Pesakit Diabetes Yang Ingin Berpuasa


bagi pengidap diabetes yang tidak termasuk dalam golongan diatas, mereka boleh berpuasa seperti biasa. Namun begitu, mereka haruslah:


1. bersahur secukupnya dengan makanan berat, perlu seimbangkan makanan dengan karbohidrat yang secukupnya. Bukan bangun makan sahur sekadar ‘cukup syarat’. Mereka juga haruslah melambatkan sahur dan menyegerakan berbuka (ianya sunnah!)

2. Jangan melambatkan waktu berbuka. Makan makanan yang sihat dan makan secara berpada-pada ketika berbuka. Memadai waktu berbuka dengan 3 biji kurma terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada karbohidrat dan mengambil hidangan utama selepas solat maghrib. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi gula dan kurangkan pengambilan makanan yang manis seperti minuman berperisa yang dibeli di bazaar ramadhan.

3. hidratkan semula badan dengan membanyakkan minum air pada waktu malam bagi menggantikan air yang hilang dalam badan pada waktu siang. Minum malam selepas solat tarawih Boleh diambil sebagai pengganti snek sebelum tidur. Disarankan untuk mengambil 8 gelas air sehari terutama ketika masa tidak berpuasa (malam).Namun begitu, elakkan minuman yang manis.

4. makan ubat atau suntik insulin mengikut nasihat doktor. Namun begitu, pengambilan ubat dan insulin bagi mereka yang ingin berpuasa haruslah diubah suai. (lihat pengubah-suaian dos dan kekerapan ubat diabetes di bawah)

5. awasi tanda dan gejala bagi:

hipoglisemia - kurang gula dalam darah
contoh : menggigil, rasa terlalu lemah, rasa nak pitam, amat lapar, berpeluh, pucat, berdebar-debar, gelisah dan tak tentu arah.

hiperglisemia - gula berlebihan dalam darah
contoh : kerap buang air kecil, sangat letih, dan terlalu dahaga (air banyak dikeluarkan ketika kencing yang boleh menyebabkan dehidrasi)

dehidrasi - kurang air dalam badan
contoh : amat dahaga, kulit dan lidah terlalu kering, dan fikiran terganggu.

6. segera berbuka sekiranya mengalami tanda dan gejala hipoglisemia atau dehidrasi. Pesakit yang meneruskan juga puasanya setelah mengalami tanda dan gejala ini boleh mengakibatkannya jatuh pengsan dan hal ini sudah pasti akan membatalkan puasanya juga.

Pengubah-Suaian Dos Dan Kekerapan Ubat Diabetes


Seeloknya, pesakit yang ingin berpuasa haruslah mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi tentang pengubah suaian dos dan waktu pengambilan ubat ketika berpuasa. Namun begitu, garis panduan dibawah ini boleh dijadikan sebagai rujukan tambahan.

Ubat Oral


Contoh ubat
Waktu berbuka
Waktu sahur
Gliclazide, Glibenclamide, Glipizide,
Glimepiride, dan chlorpropamide
Makan dos yang biasa diambil waktu pagi pada hari tidak berpuasa
(pengurangan dos tidak diperlukan)
Makan dos yang biasa diambil waktu malam pada hari tidak berpuasa
(pengurangan dos mungkin diperlukan*)
Acarbose,
Nateglinide, dan
Repaglinide
Makan dos yang biasa diambil waktu malam pada hari tidak berpuasa
(pengurangan dos tidak diperlukan)
Metformin,
Sitagliptine,
Saxagliptine,
Vildagliptine,
Pioglitazone, dan
Rosiglitazone
 Makan dos yang biasa diambil waktu malam pada hari tidak berpuasa (sekiranya berkaitan)
*sebarang pengubah suaian dos haruslah dibincangkan dengan doktor.

Cara makan ubat pada waktu berbuka puasa


Bagi ubat oral yang ingin diambil ketika berbuka puasa terutamanya bagi ubat yang perlu diambil sebelum makan, boleh menggunakan cara dibawah:

1. ubat sebelum makan
Bagi arahan sebelum makan, berbuka dahulu dengan air dan buah tamar dan kemudian makan ubat. Ambil makanan utama selepas 20 hingga 30 minit kemudian, seeloknya selepas solat maghrib.

2. ubat selepas makan
Bagi arahan selepas makan, ambil ubat selepas berbuka. Adalah digalakkan untuk berbuka dengan air dan buah kurma, rehat atau solat maghrib dahulu, baru makan makanan utama dan ambil ubat selepas makan.

Ubat Suntikan


Contoh ubat
Waktu berbuka
Waktu sahur
Exenatide
Tiada pengurangan dos
Pengurangan dos mungkin diperlukan*
Liraglutide
Tiada pengurangan dos
Ubat diambil sekali sehari sahaja pada waktu berbuka.
*sebarang pengubah suaian dos haruslah dibincangkan dengan doktor.

Insulin



Dos dan waktu pengambilan insulin perlu diubah suai mengikut arahan doktor. Pengubah suaian ini haruslah berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan sebelum bulan puasa. Pengubah suaian adalah seperti berikut:

Jenis insulin
Contoh insulin
Waktu diambil
Semasa berbuka
Sebelum sahur
Insulin bertindak segera (short-acting insulin)
Actrapid, Humulin R
dos yang biasa diambil waktu pagi pada hari tidak berpuasa
Separuh dos yang biasa diambil waktu petang pada hari tidak berpuasa*
Insulin campuran (pre-mix insulin)
Humulin 30/70, Mixtard
Insulin basal
Humulin N, Insulatard
Tiada perubahan, suntik pada waktu malam sebelum tidur.
*sebarang pengubah suaian dos haruslah dibincangkan dengan doktor.
*bagi insulin bertindak segera yang diambil 3 kali sehari, abaikan dos waktu tengah hari.


kesimpulan



Pesakit diabetes mempunyai pelbagai risiko dan komplikasi ketika berpuada pada bulan Ramadhan. Risiko seperti hipoglisemia dan hiperglisemia sering berlaku kepada pesakit yang tidak dapat mengawal pemakanan dan ubat ketika berpuasa.

Namun begitu, dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa selamat dilaksanakan sekiranya dilakukan oleh pengidap diabetes. Pesakit perlulah menjaga pemakanan ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor, ahli farmasi, dan pegawai dietetik sebelum menghadapi bulan Ramadhan.


Sumber dan Rujukan
1. Novo Nordisk. Pengurusan Diabetes Ketika Berpuasa [pamphlete]
2. Khamisan F. (2014). Diabetes - Ramadan dan Ubat. Portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia. dipetik dari http://www.myhealth.gov.my/index.php/diabetes-ramadan-dan-ubat

2 comments:

  1. Panduan yang sangat berguna untuk orang sakit...

    ReplyDelete
  2. Seseorang yang mendapati diabetes dengan perkara pertama ialah kurangkan pemakanan semua makanan dan minuman yang mengandungi gula yang banyak.

    Jantung berdebar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...