Disini, Penulis ingin berkongsi maklumat berkenaan ubat yang boleh dan tidak boleh diambil semasa berpuasa serta waktu yang sesuai bagi mengambil ubat oral. Maklumat ini diperolehi dari sebuah pamphlet yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 7 Ogos 2012.
Penggunaan ubat yang tidak membatalkan puasa
- Ubat titis mata, hidung dan telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga)
- Tablet sublingual ( bawah lidah ) - dengan syarat diletakkan di bawah lidah dan tak ditelan
- Semua bentuk suntikan
- Ubat jenis sapuan (krim atau salap) dan plaster
- Ubat kumur
- Ubat sembur hidung - dengan syarat tak disedut
- Ubat bius setempat atau bius separuh.
Penggunaan ubat yang membatalkan puasa
- Ubat biji
- Ubat minum
- Inhaler (ubat sedut)
- Pesari - ubat yang dimasukkan ke dalam vagina termasuk prosedur cucian
- Ubat yang dimasukkan ke dalam dubur ( suppositori dan enema )
- Ubat bius menyeluruh - yang melibatkan gas.
Panduan cara pengambilan ubat oral ketika bulan puasa
Kekerapan ubat
|
Masa pengambilan
|
|
sebelum makan
|
Selepas makan
|
|
Sekali sehari
|
Sebelum bersahur
|
Selepas berbuka
|
2 kali sehari
|
1. sebelum
bersahur
2. selepas
berbuka, sebelum mengambil menu utama.
|
1. Selepas
bersahur
2. Selepas
berbuka
|
3 kali sehari
|
1. Sebelum
bersahur
2. selepas
berbuka, sebelum mengambil menu utama
3. sebelum
tidur
|
1. selepas
bersahur
2. selepas
berbuka
3. sebelum
tidur
|
Ubat empat kali sehari
bergantung kepada jenis penyakit atau minta nasihat akan alternative lain jika ingin berpuasa. Sila rujuk ahli farmasi berdekatan anda.**bagi ubat yang diambil pada waktu malam, pengambilan ubat adalah seperti biasa mengikut arahan yang telah diberikan
rujukan :
Know Your Medicine. (2012 Aug. 7). Pamphlet - Puasa & Ubat. Dipetik dari http://knowyourmedicine.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=20&parentid=39&action=view&retrieveid=168&lang=EN
Terima kasih. Panduan ini sangat berguna
ReplyDeletesama-sama.. semoga bermanfaat...
Deletepanduan yang sangat baik :)
ReplyDeletepanduan yang berguna.. kalau menderma darah ketika berpuasa bolehkan pha is?
ReplyDeletedari segi hukum, tak ada masalah kerana mengeluarkan darah (bekam, derma darah, dsb.) tidak membatalkan puasa mengikut mazhab syafii'.
Deletetambahan pula, suntikan tak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa (kecuali suntikan yang menambahkan tenaga cth. "Total Parenteral nutrition - TPN"). jadi, ambil darah melalui suntikan tak membatalkan puasa.
cuma dari segi kesihatan, mungkin derma darah dalam kuantiti yang banyak semasa berpuasa tak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi yang lain seperti pengsan dsb. tapi, kalau tubuh badan sihat dan cergas, pernah menderma darah dalam keadaan berpuasa tapi tak ada kesan yang memudharatkan, tak mengapa. bergantung kepada individu.
untuk maklumat yang lebih tepat, sila rujuk dengan pegawai kesihatan (doktor, ahli farmasi, dsb) yang berdekatan.
terima kasih di atas jawapan lengkap ni pha is..
Deletesama-sama.
DeleteEntry yang sangat berguna..
ReplyDeleteMohon Share...
sila2..
Deleteterima kasih Pha Is kerana mengingatkan.
ReplyDeleteterima kasih bro...
ReplyDeleteboleh dijadikan panduan ketika berpuasa nanti :)