bahagian shisha |
Keburukan Shisha
berikut antara keburukan-keburukan yang terdapat pada Shisha berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan di seluruh dunia:
1.Dakwaan yang mengatakan shisha lebih selamat dari rokok adalah tidak benar. Shisha dan rokok kedua-duanya tidak baik untuk kesihatan[1].
2.Kajian telah membuktikan Kandungan nicotin yang terkandung dalam shisha boleh menyamai sehingga 10 batang rokok.[2]
3.Menurut sebuah kajian oleh ‘Department of Health and Centre for Tobacco Control Research’, mereka yang mengisap shisha terdedah kepada kepekatan dos gas karbon monoksida yang tinggi, sehingga boleh mengakibatkan penyakit paru-paru, sakit jantung, dan juga penyakit-penyakit kronik seperti kanser.[3]
4.Mereka yang menghisap shisha akan menyedut asap yang mengandungi nikotin dalam isi padu yang lebih banyak berbanding rokok. Lebih banyak bahan carcinogen yang didedahkan kepada paru-paru penghisap shisha, yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit kanser.[4]
5.Penghisap shisha selalunya berkongsi ‘hose’ apabila menghisap shisha bersama rakan. Hal ini boleh meningkatkan risiko penghisap shisha kepada penyakit berjangkit seperti tuberculosis (TB), herpes, dan penyakit-penyakit kebiasaan yang lain seperti selesema.[3]
6.Sebuah kajian juga telah membuktikan lebih banyak insiden penyakit chronic bronchitis berlaku kepada penghisap shisha berbanding penghisap rokok.[5]
kebaikan Shisha? [8] |
Pengharaman Shisha
satu soalan pernah ditanya kepada bekas mufti Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz berkenaan shisha. dibawah ini adalah terjemahan soal jawab tersebut:[7]
Soal: Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?
Jawab: Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt:
"Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik."
(al-Maidah, 5:4)
dan firman-Nya lagi:
"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk..."
(Al-A'raaf, 7:157)
Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon.
Rujukan:
1.Knishkowy, B. and Amitai, Y. (2005). Water-pipe (Narghile) smoking: An Emerging Health Risk Behaviour. Pediatrics. 116(1):113-119
2.Neergaard J, Singh P, Job J, Montgomery S. (2007 ). Waterpipe smoking and nicotine exposure: a review of the current evidence. Nicotine Tob Res; 9(10):987-94
3.Quit Shisha Team. The Dangers of Smoking Shisha: Quit Now! Retrieved from http://www.quitshisha.com/blog/quit-shisha-blog/the-dangers-of-smoking-shisha-quit-now/ (accessed Nov. 13 2013)
4.Fromme H, Dietrich S, Heitmann D, et al. (2009). Indoor air contamination during a waterpipe (narghile) smoking session. Food Chem Toxicol; 47(7):1636-41
5.El-Nachef WN, Hammond Sk. (2008). Exhaled Carbon Monoxide With Waterpipe Use in US Students. JAMA; 299(1):36-38
6.Lin LP. (2013). Shisha, Cigarette or Neither? Pharmakon 37th Edition.
7. Ustaz Ahmad Zainal Abidin. (2010). Hukum hisap shisha. Majlis Ulama' Ikatan Muslimin malaysia. retrieved from http://muis.ismaweb.net/2010/04/hukum-hisap-shisha/ (accessed on June 18 2013)
8. Medik TV Facebook Page. https://www.facebook.com/MedikTV
No comments:
Post a Comment