Thursday, 12 January 2017

Apa Tugas Farmasi Dalam Hospital?

Pernah terfikir tak, apa sebenarnya tugas-tugas ahli farmasi dalam hospital? Disini penulis ingin berkongsi kepada anda antara tugas-tugas yang dilakukan oleh ahli farmasi yang mungkin pesakit atau orang awam tak pernah tahu.

Farmasi bukan sekadar tukang bagi ubat.

Perkongsian ini banyak berdasarkan pengalaman penulis bertugas di Hospital Pulau Pinang pada tahun lepas (kini penulis tidak lagi bekerja dalam bahagian hospital). Lain hospital mungkin berbeza sedikit cara kerja ahli farmasi di sana tetapi secara amnya, tak banyak beza. 

Apa Tugas Farmasi Dalam Hospital?



Berikut antara tugas-tugas ahli farmasi di hospital. Nanti jika berkesempatan, penulis akan cuba kongsi tugas-tugas ahli farmasi di luar bidang hospital pula. 

1) dispense ubat (farmasi pesakit luar)


Ini antara tugas seorang ahli farmasi yang paling menonjol dalam hospital ketika pesakit datang ke farmasi pesakit luar untuk mengambil ubat. Pesakit serahkan kertas preskripsi, ambil nombor dari ahli farmasi, tunggu nombor dipanggil dan pergi ke kaunter untuk mengambil ubat.

Itu hanya apa yang mungkin pesakit atau orang awam Nampak. Tapi hakikatnya banyak perkara yang berlaku. secara ringkasnya : 
a. mengambil nombor, proses penyaringan (screening) pertama telah berlaku
b. mengisi ubat. Sekali lagi senarai ubat disemak
c. melabel ubat. Sekali lagi senarai ubat disemak.
d. proses semak silang dimana ubat anda di semak sekali lagi.
e. dispense. Sambil ubat diberikan dan diterangkan cara pengambilan, proses semakan dilakukan buat kali terakhir.


2) kaunseling ubat



Bagi pesakit yang menggunakan ubat yang memerlukan alatan yang tertentu, disini tugas seorang farmasi kaunseling diperlukan untuk ajar cara menggunakannya terutamanya bagi pesakit yang pertama kali mengambil ubat tersebut.

Contoh seperti ubat/alatan sedutan untuk penyakit lelah, suntikan insulin untuk penyakit kencing manis, dan sebagainya. Tak ramai yang perasan tetapi ahli farmasi kaunseling juga terdapat dalam wad!

3) Farmasi pesakit dalam


Walaupun ubat dalam wad diberikan oleh staff nurse, tetapi ubat tersebut tetap dibekalkan oleh ahli farmasi. Proses screening tetap berlaku seperti dalam farmasi pesakit luar, sebelum ubat tersebut sampai kedalam wad melalui trolley ubat.

4) memeriksa kepekatan ubat dalam darah 



Bagi pesakit dalam wad yang mengambil ubat-ubat yang tertentu, darah pesakit akan diambil dan ahli farmasi akan menjalankan pemeriksaan dengan menggunakan mesin khas* bagi mengetahui kepekatan ubat tersebut dalam darah pesakit. 

Dari situ, tahap kepekatan akan diinterpretasi oleh ahli farmasi dan cadangan akan diberikan kepada pihak doktor sama ada untuk menambah dos, mengurangkan, atau menghentikan rejimen ubat.

*bergantung kepada hospital, adakalanya juruteknikel makmal yang menjalankan mesin khas tersebut.

5) bancuh ubat chemo.



Ubat kanser atau chemo didatangkan kepada pihak hospital dalam keadaan yang perlu dibancuh dan proses pembancuhan ini sangat merbahaya sehinggakan ahli farmasi yang membancuhnya perlu memakai sut khas dan melakukannya dalam bilik bersih (clean room).

Selain itu, ahli farmasi Chemo juga memberikan khidmat nasihat serta cadangan kepada doktor berkenaan rejimen ubat chemo.

6) bancuh cecair drip nutrisi



Bagi pesakit dalam wad yang langsung tidak boleh makan disebabkan masalah sistem penghadaman atau bayi pramatang, mereka diberikan nutrisi melalui drip air yang dimasukkan terus kedalam salur darah.

Proses bancuhan ini juga agak rumit dan memerlukan ahli farmasi memakai sut khas dan melakukannya dalam clean room supaya bancuhan tersebut tak tercemar dengan benda asing dan kuman. 

7) jaga stok ubat


Proses perolehan ubat di hospital sebenarnya diuruskan oleh ahli farmasi bermula dari proses pemesanan, pembelian, penyimpanan stok, dan pengagihan ubat serta alatan perubatan yang lain.


8) bancuh ubat sirap untuk pesakit kanak-kanak.



Bagi pesakit kanak-kanak yang memerlukan dos ubat yang kecil tetapi ubat sirap tersebut tiada dalam pasaran, ahli farmasi akan membancuh sirap dimana ubat biji akan dihancurkan dan dibuat dalam bentuk sirap.

9) bancuh ubat sapuan


bagi sesetengah hospital, khidmat pembancuhan ubat sapuan seperti krim, salap, lotion dan sebagainya turut disediakan dimana ahli farmasi akan ditugaskan untuk mengawal selia proses ini.

10) farmasi wad


Sepertimana doktor, ahli farmasi juga akan ditugaskan untuk memeriksa pesakit dalam wad cuma tak semua wad ada seorang ahli farmasi tertentu yang bertugas. Ianya bergantung kepada bilangan tenaga kerja ahli farmasi yang ada dan keutamaan kepada wad yang betul-betul memerlukan.

Bagaimana cara mengenal ahli farmasi wad? Mereka selalunya memakai 'lab coat' putih tanpa memakai stethoscope, dan selalunya mereka membawa file ditangan, dan calculator di dalam poket lab coat.

11) khidmat nasihat


Jabatan farmasi di hospital juga akan turut menyediakan perkhidmatan hotline dimana sebarang persoalan berkenaan ubat oleh doktor, atau mana-mana staff hospital boleh ditanya melalui telefon. Unit ini dipanggil drug info unit atau drug info service.  

Farmasi Luar Bidang Hospital


sebenarnya ada banyak lagi cabang farmasi yang tak ramai orang tahu. jika berkesempatan di lain kali, penulis akan cuba kongsikan pula tugas-tugas dan peranan ahli farmasi dalam bahagian penguatkuasaan, pengurusan, dan lain-lain lagi.  

10 comments:

  1. Wah pertama kali saya tahu pelbagai tanggungjawab ahli farmasi selain bagi ubat kat kaunter. Selama ni ingatkan ubat syrup & krim tu datang dari kilang mcm tu je. huhuhu. Terima kasih ilmu baru dan berguna!

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yg menarik menambah tahu

    ReplyDelete
  3. perkongsian menarik, baru tahu tugas farmasis

    ReplyDelete
  4. info yg sgt berguna..ingat farmasi cuma tau pasal ubatan yg dah disediakan..

    ReplyDelete
  5. nice sharing! tak cerita tak tahu kan, yg org tahu, nak marah je bila ubat diorang lambat.. hahaha..

    tak taw pon wujud nota farmasi ni, faiz.. :D *thumbs up!*

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog ni tak seaktif blog budak pening. sekadar mengoptimumkan peranan sebagai penyampai maklumat berkaitan kesihatan, terutamanya pasal ubat..

      Delete
  6. banyak jg yaa tugasannya...

    btw, senang / mudah ke nak ingat nama2 ubat ni? ;-)

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete
  8. rumit kerja ahli farmasi ni. tapi selalu kagum sebab boleh ingat dan sebut nama saintifik ubat tu dengan cepat dan spontan. sebab pernah Tanya pasal ubat dekat kawan yang kerja farmasi jugak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...