Friday, 21 December 2018

Persoalan Tentang Bidang Farmasi v2


Baru-baru ni penulis telah menerika email dari adik Nur Ilham yang menanyakan beberapa soalan berkenaan bidang farmasi. Mungkin adik Nur Ilham dapat email penulis dari entri ini : Persoalan Tentang Bidang Farmasi. 

Alhamdulillah, masih ada yang berminat dalam bidang farmasi walaupun kini Status pekerja tetap untuk doktor, ahli farmasi dan doktor gigi dalam perkhidmatan awam tidak lagi terjamin.[1]. Dah tak seperti dulu.


Ditambah pula dengan baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia panas dengan isu penamatan pegawai farmasi kontrak yang telah tamat latihan siswazah atau khidmat wajib dimana mereka tidak dapat lagi untuk terus berkhidmat dengan kerajaan.[2]

Persoalan Tentang Bidang Farmasi v2


Berbalik kepada tajuk, berikut adalah soalan yang penulis dapat dari email tersebut:

1) Kalau chemistry asyik dapat C, layak ke saya ambil bidang ni? biology saya always A.

Berdasarkan soalan, saya syak adik Nur Ilham sekarang mungkin baru habis SPM. Kalau betul berminat bidang farmasi, seeloknya habiskan pelajaran sekurang-kurangnyanya hingga ke ijazah sarjana muda (degree) farmasi. Jika lebih dari itu (master, dsb) adalah satu bonus.

Sebelum memausi ijazah sarjana muda, perlu habiskan sama ada STPM, diploma, matrikulasi, ataupun A-level. Maka, Syarat kelayakan untuk masuk degree farmasi bergantung kepada result tersebut.

Sekarang ini, cuba target dulu untuk lulus masuk STPM / diploma / matrikulasi / A-level. Selepas itu, cuba usaha lebih lagi supaya cemerlang untuk terus ke ijazah sarjana muda farmasi.

Sebagai contoh, kelayakan untuk masuk ke program matrikulasi 2 semester dalam jurusan sains, memerlukan minimum pencapaian SPM seperti berikut :[3]

Program matrikulasi 2 semester (sains)
Mata pelajaran
Gred
Bahasa melayu
C
Bahasa inggeris
B
Matematik
C
Matematik tambahan
C
Kimia
C
Fizik / biologi
C
sejarah
lulus

Untuk kelayakan minimum bagi kemasukan ke STPM / diploma / A-level. Boleh cuba cari online. Selepas tamat STPM / diploma / matrikulasi / A-level, baru boleh masuk ke program ijazah sarjana muda farmasi.

Untuk laluan yang lebih lanjut, boleh rujuk entri bertajuk Kelayakan Minimum Ke Program Ijazah Farmasi[4]

2) Saya seorang yang phobia darah, kalau tengok darah yang terlampau banyak atau tengok video surgery, saya akan pengsan on the spot. Agak-agak boleh ke saya survive dalam bidang pharmacy?

Boleh! Tak ada masalah. Saya sendiri pun ada sedikit fobia dengan jarum suntikan. Boleh saja. Farmasi tak cucuk orang! 

3) Saja nak tahu, dekat U abang dulu, perempuan ke lelaki yang lagi ramai dalam kos pharmacy ni?


Saya rasa, di mana-mana university pun selalunya sama sahaja. Majority kelas akan didominasi oleh perempuan. Contohnya, kelas saya dulu nisbah perempuan dan lelaki adalah sekitar 8:1

Ask Your Pharmacist


Jika ada sebarang persoalan berkenaan bidang farmasi, mahupun berkenaan ubat, jangan segan silu, boleh bertanya di ruangan komen. Atau boleh juga emailkan kepada faizakaria@gmail.com . yang mana saya boleh bantu/jawab, saya akan cuba, insyaAllah.

sumber dan rujukan
1. Loh Foon Fong. (2017 Jan 19). Tiada Jaminan Status Tetap Dalam Perkhidmatan Awam Untuk Graduan Perubatan. MStar. Dipetik dari https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/01/19/tiada-jaminan-status-tetap
2. BERNAMA. (2018 Dec 3).Tiada obligasi serap pegawai farmasi tamat latihan siswazah, khidmat wajib - Dr Dzulkefly. Dipetik dari http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1671558
3. Syarat Kelayakan Permohonan Program Matrikulasi KPM. Permohonan.my. dipetik dari https://www.permohonan.my/syarat-kelayakan-permohonan-program-matrikulasi/
4. Pha Is. (2013 Jan 15). Kelayakan Minimum Ke Program Ijazah Farmasi. Hikayat Budak Pening. Dipetik dari https://www.budakpening.com/2013/01/kelayakan-minimum-ke-program-ijazah.html
5. Faiz Zakaria. (2017 Jul 6).Persoalan Tentang Bidang Farmasi. Nota Farmasi. Dipetik dari https://notafarmasi.blogspot.com/2017/07/persoalan-tentang-bidang-farmasi.html
6. Afterschool.my. (2017 jan 24). Doktor & Ahli Farmasi Tiada Jaminan Jawatan Tetap dalam Kerajaan Walaupun Pengajian Ditaja oleh Kerajaan. Afterschool.my. dipetik dari https://afterschool.my/bm/berita/doktor-ahli-farmasi-tiada-jaminan-jawatan-tetap-dalam-kerajaan-walaupun-pengajian-ditaja-oleh-kerajaan




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...