Friday 26 October 2018

Tips pembelian ubat atas talian


Sekarang dunia sudah semakin maju. Pelbagai urusan boleh dilakukan hanya dengan menggunakan perkhidmatan atas talian (online), termasuklah urusan jual beli barangan. Walaupun ianya memudahkan, tetapi pembelian atas talian ini sebenarnya tidak sesuai untuk semua barangan, terutamanya barangan yang melibatkan kesihatan.


Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang awam agar berwaspada ketika membuat pembelian ubat atas talian (online) kerana ianya boleh menyebabkan bahaya kepada kesihatan badan. Hal ini kerana ubat yang dijual atas talian belum tentu terjamin keselamatan, keberkesanan dan kualiti ubat tersebut.

Pembelian ubat secara online dari sumber yang tidak sah berkemungkinan anda mendapat ubat yang tidak berdaftar, ubat tiruan atau ubat yang dicemari racun berjadual yang boleh memudaratkan nyawa anda.

Jadi, disini penulis cuba kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan sekiranya ingin melakukan aktiviti pembelian ubat atas talian.

Tips pembelian ubat atas talian


1. Dapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bertauliah atau ahli farmasi sebelum membeli sebarang produk kesihatan.

2. Pastikan ubat yang dibeli adalah ubat yang berdaftar dengan KKM yang mempunya nombor MAL dan sticker hologram sahaja.


3. Hanya boleh membeli ubat yang telah berdaftar dengan KKM dibawah katagori yang berikut sahaja :
a. over-the-counter (OTC), (nombor MAL diakhiri dengan huruf X). contoh : MAL12025061X
b. tradisional (nombor MAL diakhiri dengan huruf T). contoh : MAL19970196T
c. suplemen kesihatan (nombor MAL diakhiri dengan huruf N). contoh : MAL12125003N

4. Ubat yang memerlukan preskripsi TIDAK BOLEH dijual secara online. (No. MAL diakhiri dengan A). contoh : MAL18046135AZ



5. Hanya dapatkan ubat daripada laman web yang dikendalikan oleh ahli farmasi yang berlesen sahaja.

6. Pastikan pembekal mempunyai premis perniagaan fizikal yang sah

7. Elakkan membeli ubat dari laman web luar negara.

8. Pastikan iklan ubat mempunyai nombor kelulusan KKLIU


9. Jangan terpedaya dengan iklan dengan janji-janji manis terutamanya melibatkan penyakit-penyakit kronik. Semak iklan ubat yang telah diluluskan di www.pharmacy.gov.my

Dapatkan tips atau panduan lanjut pembelian ubat dalam talian (online) di portal https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/website/waspada-belian-ubat-online.

#AskYourPharmacist


sumber dan rujukan:
1. Waspada Pembelian Ubat "Online", Laman Portal Rasmi Program Perkhidmatan Farmasi KKM. dipetik dari https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/website/waspada-belian-ubat-online
2. Poster, Bahagian Perkhidmatan FArmasi JKN kelantan. dipetik dari http://farmasiklt.moh.gov.my/v1/poster/

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...