Thursday 28 June 2018

Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2018 Peringkat Pulau Pinang


Bersempena dengan Hari Farmasi Sedunia yang disambut setiap tahun pada pada 25 September, Persatuan Farmasi Malaysia dengan kerjasama Persatuan Komuniti Farmasi Malaysia dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Pulau Pinang pada tahun ini.

Sambutan Hari farmasi Sedunia 2018 Peringkat Pulau Pinang


Program tersebut akan diadakan pada 11 hingga 12 Ogos 2018 dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya.

Tema bagi tahun ini adalah: "Ahli Farmasi, Pakar Ubat Anda" (Pharmacists, Your Medication Experts). Tujuan program ini diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran komuniti tentang penggunaan ubat-ubatan dengan selamat..


Senarai Aktiviti menarik sepanjang Sambutan Hari farmasi Sedunia Peringkat Pulau Pinang


Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti berikut :

11 Ogos 2018 (Sabtu)


Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak

Terbahagi kepada 2 kategori iaitu tahap 1 (7-9 tahun) dan tahap 2 (10-12 tahun). Boleh bawa anak-anak untuk masuk pertandingan ini. Dan jika ingin sertai, jangan lupa untuk bawa pensil warna sendiri.

Pertandingan Kuiz Kenali Ubat Anda Peringkat Sekolah Rendah

Kuiz ini bertujuan untuk menguji pengetahuan tentang penggunaan ubat-ubatan dengan melibatkan permainan interaktif yang menarik. Kuiz ini terbuka untuk penyertaan berkumpulan kepada kanak-kanak berumur 10 -12 tahun . Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang.

Kuiz Terbuka Kenali Ubat Anda 

Berapa banyak yang anda tahu tentang ubat? Sertai kuiz terbuka ini dan berpeluang menangi banyak hadiah yang menarik.

Pertandingan Spelling Bee kanak-kanak dan dewasa

Kuiz ini bertujuan untuk menguji kemampuan peserta mengeja nama ubat dan terminologi perubatan dengan pantas dan tepat. Terbahagi kepada 2 kategori pertandingan iaitu :
1.Kanak-kanak berumur 10- 12 tahun
2.Dewasa berumur 40 tahun ke atas

sambutan hari farmasi sedunia peringkat negeri pulau pinang
pada tahun lepas di queensbay mall


12 Ogos 2018 (Ahad)


Zumba dan persembahan Karate Kids 

Cergaskan badan anda dengan cara yang menyeronokkan diiringi muzik dengan gabungan senaman dan tarian. Dan saksikan juga ketangkasan kanak-kanak menunjukkan kemahiran karate! Aktiviti zumba ini terbuka kepada semua lapisan umur. (Kanak-kanak perlu ditemani oleh penjaga/ibubapa.)

Pertandingan bercerita Pra sekolah

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat persembahan lakonan si cilik. Penyertaan terbuka kepada kanak-kanak berumur 5-6 tahun melalui pusat asuhan atau taska yang berminat. (Persembahan secara berkumpulan maksimun 5 orang pelakon mengikut tema yang ditetapkan oleh penganjur.)

Pertandingan Forum Remaja Sekolah 
 
Mencungkil bakat remaja dalam berforum disamping menguji pengetahuan isu semasa tentang penggunaan ubat-ubatan. Terbuka kepada penyertaan berkumpulan iaitu remaja berumur 16-19 tahun secara berkumpulan. Penyertaan dihantar melalui sekolah. Forum perlu mengikut tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur

Pertandingan teka kapsul 

Menguji kemampuan anda untuk meneka bilangan keseluruhan ubat biji yang disimpan dalam balang kaca. Terbuka kepada semua pengujung Hari Farmasi dan penyertaan adalah percuma!

Pertandingan selfie KidsPharma

Bawa anak anda merasai pengalaman menjadi ahli farmasi di KidsPharma kami. Ambil gambar anak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan berpeluang memenangi hadiah. Penyertaan adalah percuma!

Pertandingan selfie Hari Farmasi 

Datang beramai-ramai ke Booth Hari Farmasi. Ambil gambar mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan berpeluang memenangi hadiah. Penyertaan adalah percuma!

Aktiviti lain

Selain itu, lain-lain aktiviti yang dijalankan sepanjang Sambutan Hari farmasi Sedunia Peringkat Pulau Pinang ini berlangsung adalah seperti :
1.pemeriksaan kesihatan percuma
2.ceramah kesihatan
3.pameran kesihatan

Marilah sama-sama meramaikan Sambutan Hari farmasi Sedunia Peringkat Pulau Pinang tahun ini. Penulis sendiri akan bertugas di sana sepanjang Sambutan Hari farmasi Sedunia Peringkat Pulau Pinang ini berlangsung.


Jumpa di sana!

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...