Thursday 6 July 2017

Persoalan Tentang Bidang Farmasi


Minggu lepas penulis ada menerima 1 email dari seorang pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu bernama Amirah yang menanyakan beberapa persoalan berkenaan ahli farmasi. Nampak gayanya seolah saudari Amirah berminat untuk ceburi bidang farmasi. Welcome to the Pharmily!

Persoalan Tentang Bidang Farmasi   


Berikut merupakan petikan email yang dimaksudkan:

Assalamualaikum En Faiz. Saya Amirah, pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu. Saya ingin bertanya beberapa soalan tentang kelayakan untuk menjadi ahli farmasi.
1) Apakah kelulusan yg diperlukan untuk memasuki bidang ini?
2) Apakah kemahiran yg diperlukan utk berjaya dlm bidang ini?
3) Apakah personaliti/ciri ciri yg perlu ada pd seseorg yg terlibat dlm kerjaya ini?
4) Apakah kelebihan dan keseronokan dalam bidang ini?

Saya harap En Faiz dapat menjawab semua persoalan yg saya berikan ini. Have a good day!

bahan bacaan tambahan[4]


Kelulusan Bidang Farmasi 


untuk lebih jelas berkenaan kelulusan untuk menceburi bidang farmasi ini, maklumat lebih jelas boleh lihat pada entri yang pernah penulis tulis yang bertajuk Kelayakan Minimum Ke Program Ijazah Farmasi

dan sebagai info tambahan, terutamanya bagi pelajar lepasan SPM yang berminat dan ingin tahu laluan perjalanan untuk sampai ke bidang farmasi, boleh rujuk entri yang pernah penulis nukilkan berkaitan laluan untuk belajar farmasi di Malaysia di entri saya bertajuk Laluan ke Farmasi

Kemahiran Diperlukan Untuk Menjadi Ahli Farmasi


kemahiran usahawan pada seorang ahli farmasi
sumber[3]


Kemahiran yang diperlukan ini sebenarnya bergantung kepada sektor apa yang bakal amirah ceburi sebab farmasi ni banyak cabang sebenarnya dan setiap cabang memerlukan kemahiran yang tersendiri. antara yang boleh penulis senarainya termasuklah :

farmasi hospital/klinik
farmasi administrasi
farmasi penguatkuasaan
farmasi runcit/komuniti
farmasi perindustrian
farmasi pendidikan
farmasi RnD, dan sebgainya.

Kalau kemahiran untuk belajar kursus/bidang farmasi ni, ianya tak banyak berbeza dengan pelajar jurusan medical. maksud saya, banyak intipati pembelajaran dalam bidang farmasi ini yang memerlukan penghafalan. Sebab tak kiralah dari sektor farmasi yang mana sekalipun, basic seorang ahli farmasi adalah berkaitan ubat dan ubat tu ada banyak. sudah tentu memerlukan penghafalan yang banyak.

Walaupun terdapat jugak sedikit pengiraan, tapi ianya tak banyak. Akan tetapi bab yang berkaitan dengan pengiraan tersebut tetap ada dan sangat penting! Contohnya bab Therapeutic Drug Monitoring (TDM) dimana kepekatan ubat dalam darah perlu dikira dan dari pengiraan itu, ahli farmasi akan memberi cadangan kepada doktor sama ada perlu atau tidak dos ubat ditukar bagi seseorang pesakit.


 Personaliti Dan Ciri Ahli Farmasi


Bagi pendapat Penulis, ciri-ciri yang perlu ada dalam bidang ini yang paling utama adalah 2 iaitu:

1. Semangat tak mudah berputus asa

Jujur saya katakan belajar dan kerja dalam bidang ini bukan sesuatu yang mudah. Jadi, semangat untuk tak berputus asa itu penting. Banyak kes pelajar yang terkandas semasa belajar yang akhirnya ambil keputusan tukar kursus/bidang di universiti dari farmasi kepada bidang yang lain.

Sebagai contoh, Penulis sendiri bukanlah seorang pelajar cemerlang farmasi semasa di universiti dahulu sehingga terpaksa repeat beberapa exam dan tunda dari 4 tahun kepada 5 tahun pengajian. Tetapi Alhamdulillah, saya tak berputus asa.

2. kemahuan untuk belajar dan terus belajar sehingga mati.

Ahli farmasi harus peka dengan maklumat ubat yang terkini
sumber[2]


Seorang ahli farmasi adalah seorang "life long learner". Sebab ilmu farmasi ini sentiasa berubah bergantung kepada penemuan-penemuan baru, terutamanya ubat-uabt yang baru dalam pasaran. Jadi, kalau rasa dah habis belajar nanti, nak kerja sahaja, malas dah nak belajar dan tambah pembacaan, farmasi bukanlah pilihan yang baik.

mengikut pengalaman penulis, banyak benda baru yang dipelajari sebenarnya semasa sedang bekerja berbanding semasa bergelar student. Jadi, kena sentiasa update ilmu-ilmu farmasi yang terkini walaupun sudah bekerjaya.

Kelebihan/Keseronokan Bidang Farmasi


Susah untuk menjawab soalan ini sebab setiap orang mempunyai keseronokan yang tersendiri. Tetapi bagi saya, ianya lebih kepada kepuasan diri bila dapat berkhidmat dalam bidang farmasi ini. Ada yang seronok bila dia berjaya menyelamatkan nyawa atau meningkatkan kesihatan pesakit. Ada yang seronok bila dapat sampaikan ilmu kepada pesakit berkaitan ubat. Pokoknya, ianya bergantung kepada individu.

kepuasan diri bila dapat sampaikan maklumat yang betul berkenaan ubat
sumber [1]


Dari segi kelebihan pula, pertamanya saya tak nafikan antara faktor sampingan orang pilih kerjaya farmasi adalah kerana aspek kerjaya dan sumber pendapatan yang stabil. Faktor gaji kadang kala tetap ada walaupun ianya bukan faktor utama. Untuk tahu lebih lanjut berkenaan gaji, boleh lihat entri saya bertajuk Gaji Ahli Farmasi.

Selain tu, bila orang tahu kita seorang ahli farmasi, akan selalu juga menjadi tempat rujukan dalam bidang kesihatan terutamanya hal berkaitan dengan ubat-ubatan. bagi saya, saya seronok bila dapat sebarkan maklumat yang betul berkenaan ubat dan kesihatan bila ada orang tanya, contoh macam persoalan amirah ni.

 

Ask Your Pharmacist


Setakat ini dahulu persoalan dan jawapan yang dapat penulis kongsikan. Jika terdapat persoalan-persoalan berkaitan bidang Farmasi, boleh ajukan kepada email mfaizakaria@gmail.com. Yang mana mampu, penulis akan cuba sedaya untuk menjawab. InsyaAllah..

Tanyalah Ahli Farmasi anda. #AskYourPharmacist 



Sumber dan rujukan
1. UCSI University : Our Students. Their Motivation. dipetik dari http://www.ucsiuniversity.edu.my/fops/ourstories/SitiZubaidah.aspx
2. Rosniza Mohd Taha. (2010 July 29). Ahli farmasi harus peka maklumat ubat. Berita Harian; dipetik dari https://umlib.um.edu.my/newscut_details.asp?cutid=1636
3. Kosmo!. (2011 Dec 30) Niaga : CCM-USM lahir usahawan farmasi komuniti, ms 57. dipetik dari http://202.170.56.249/index.php/papercutting/9308-ccm-usm-lahir-usahawan-farmasi-komuniti.html
4. pts.com.my : buku - kerjaya dalam bidang farmasi. beli online di http://pts.com.my/buku/kerjaya_dalam_bidang_farmasi/

40 comments:

  1. Yup, ciri farmasi yang ada tu sangat tepat! Saya hampir nak give up belajar pharmacy. Tak tahu lah sama ada bersyukur atau menyesal amik farmasi ni... Btw, ni blog baru ke? Tak pernah perasan pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masa tahun kedua lagi dah rasa menyesal teruk.. hehehe.. sekarang bersyukur sangat-sangat sebab tak jadi tukar kos..

      boleh dikatakan blog baru la jugak.. blog yang lebih menjurus kearah farmasi dan kesihatan umum..

      Delete
    2. kenapa menyesal ? susah kee hmm saya minat tapi masih ragu ragu sbb takut

      Delete
    3. biasa la tu. mana ada kos yang senang.. masing2 susah dengan cara yg tersendiri...

      Delete
  2. amik ms x nk hafal nama2 ubat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang agak mengambil masa dan tenaga fikiran la jugak.. :)

      Delete
  3. Good info untuk sesiapa yang berminat nak menjadi ahli farmasi

    ReplyDelete
  4. Thank u so much for the information.this is the course that I really want to pursue and reading this blog really help me to not regret the decision i have made. Thanks mate!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Nk tanya kalau nk sambung degree dari diploma farmasi pointer minimum berapa ehh? Ada ramai yg ckp kena skor pointer 3.8 ke atas. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. dalam hal ini, saya kurang pasti kerana saya dari matrikulasi terus ke degree. kalau dari diploma saya kurang pasti. sekiranya saya dapat tanya kenalan yang sambung dari diploma dan dapat jawapan kelak, saya akan kongsikan disini.

      Delete
    2. Pointer di matriks sekurang kurangnya berape eh utk sambung degree farmasi?

      Delete
    3. rujuk artikel ini : https://notafarmasi.blogspot.com/2021/06/kelayakan-minimum-ke-program-farmasi.html

      Delete
    4. boleh ke kalau spm kita amik fizik dgn kimia jee untuk masuk diploma farmasi ?

      Delete
  6. Nak tanya,kalau nk masuk bidang ni,kne ade add maths ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung... rujuk artikel ini : https://notafarmasi.blogspot.com/2021/06/kelayakan-minimum-ke-program-farmasi.html

      Delete
  7. Is add maths a requirement to pursue pharmaceutical career?

    ReplyDelete
    Replies
    1. it depends.. you can read more from this article : https://notafarmasi.blogspot.com/2021/06/kelayakan-minimum-ke-program-farmasi.html

      Delete
  8. Kalau dari dari matrik berapa pointer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. minimum 3.0 dengan B dalam kimia.

      rujuk artikel ini : https://notafarmasi.blogspot.com/2021/06/kelayakan-minimum-ke-program-farmasi.html

      Delete
  9. menarik blog..bgus info ..kawan akak pun ade kje frmsi ni...beso juga gajinya..hehe..btw jika ade minat course hotel n tourism..lawatla sis dekat https://studypelancongan.blogspot.com/2013/01/3-tahun-diploma-tourism-management.html

    ReplyDelete
  10. Salam, saya nak tanya jika di Matrikulasi saya mendapat pointer 3.90 adakah pihak universiti awam akan masih mengambil kira result SPM sekiranya saya ingin menyambung bidang farmasi? Result SPM saya tidak terlalu gempak

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih lihat SPM.

      rujuk artikel ini : https://notafarmasi.blogspot.com/2021/06/kelayakan-minimum-ke-program-farmasi.html

      Delete
  11. Dr,I love your blog..But can I ask? Kos apa saya nak amik if I interested on Sains Perubatan,but I don't want to be a doctor yang rawat2 orang,I want to be doctor scientist yang kaji penyakit.Thankyou

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. but I'm not a doctor. I'm a Pharmacist.

      kalau nak jadi scientist bahagian research berkenaan kesihatan, banyak pilihan yang boleh diambil. contohnya medical, biologi, dan termasuklah farmasi. setiap kos ni akan ada pilihan untuk sambung ke bahagian research.

      Delete
  12. Hi, nak tanya sebelum masuk prp, final cgpa kita considered ke? Or asalkan dah graduate pun okay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dulu, cgpa tak pandang dah, asalkan grad je.. sekarang tak tau la, kalau cgpa dipandang untuk dapat penempatan prp di hospital kerajaan.

      Delete
  13. Hello Pharmacist, Adakah ptut sy mengambil pinjaman ptptpn untuk smbung diploma farmasi di kolej swasta yg diiktiraf kerajaan , dan berusaha utk mendapat 3.5 cgpa agar layak mendapat biasiswa dan x perlu byr ptptn lagi . Dan selepas tamat belajar diploma adakahwajar untuk sy sambung degree farmasi ? dan bole dpt biasiswa utk sambung degree? Sya bdk lepasan spm 2020 max tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Pharmacist, Adakah ptut sy mengambil pinjaman ptptpn untuk smbung diploma farmasi di kolej swasta yg diiktiraf kerajaan , dan berusaha utk mendapat 3.5 cgpa agar layak mendapat biasiswa dan x perlu byr ptptn lagi

      PATUT!

      Dan selepas tamat belajar diploma adakahwajar untuk sy sambung degree farmasi ?

      WAJAR!

      dan bole dpt biasiswa utk sambung degree?

      SUSAH SAYA NAK KATA SEBAB FARMASI BUKAN LAGI KOS KRITIKAL, JADI TAK BANYAK YANG DAPAT BIASISWA. KEBANYAKAN HANYA MENGHARAPKAN PTPTN SAHAJA

      Delete
  14. Hello Pharmacist, Adakah ptut sy mengambil pinjaman ptptpn untuk smbung diploma farmasi di kolej swasta yg diiktiraf kerajaan , dan berusaha utk mendapat 3.5 cgpa agar layak mendapat biasiswa dan x perlu byr ptptn lagi . Dan selepas tamat belajar diploma adakahwajar untuk sy sambung degree farmasi ? dan bole dpt biasiswa utk sambung degree? Sya bdk lepasan spm 2020 max tq

    ReplyDelete
  15. Hai Pharmacist , awak rasa patutke saya buat pinjaman ptptpn utk masuk diploma farmasi , lepastu saya akan berusaha untuk mencapai 3.5 cgpa dan layak untuk dapat biasiswa. Dan adakah sya patut sambung degree lepas habis atau stay je dengan diploma tq . Sy bdk lepasan spm 2020 max

    ReplyDelete
  16. hi abang , 28 ni saya dah kena masuk kolej .. pasal biasiswa jugak tapi kena dpt pointer 3.5 .. tapi saya tkde basic sains stream lansung yg membuat kan saya tak confident amek course ni tp saya minat kos ni tp malangnya saya tak berapa pandai dalam pengiraan . adakah patut saya lepaskan peluang ni dan cri kos yg lain atau patut saya msuk je .. kalau tak lepas 3.5 kena byr la kan yuran mahal yg ditetapkan 😭 tlg jwb secepat mungkin saya tgh 50/50 ni nak smbung course ni ke atau cri lain

    ReplyDelete
  17. aliran apa yg saya patut ambil ketika naik tingkatan 4 untuk menjadj ahli farmasi?(harap di balas)i really need the answer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aliran sains tulen is the best UTM ke arah farmasi

      Delete
  18. betul sangat pasal farmasi ni.. saya baru tahun 1 farmasi pun dah rasa nak tukar kos je setiap harii,memang susah

    ReplyDelete
  19. rasa macam nak nangis pun ada, saya tiba2 jatuh hati dengan bidang farmasi ni tapi dah takboleh tukar aliran spm T.T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...