Saturday 24 May 2014

Pengesahan DNA Babi dalam coklat Cadbury Dairy Milk

coklat dna babi, khirzir, porcine, haram,


bermula 23 Mei 2014 yang lalu, heboh laman sesawang sosial dengan gambar keputusan makmal yang memaparkan coklat cadbury, antara jenama coklat yang popular di Malaysia, disahkan mengandungi DNA Porcine (Babi). lantas hari ini, 24 Mei 2014 pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat Kenyataan Akhbar berkenaan hal ini.  

khirzir, porcine,

Kenyataan Akhbar Pengesanan DNA Porcine Dalam Coklat Susu Dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk

   

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN AKHBAR
PENGESANAN DNA PORCINE DALAM COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL – CADBURY DAIRY MILK

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014. Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:


  • Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan
  • Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
  • Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).


Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

24 Mei 2014


sumber dan rujukan :
Datuk Dr. Noor Hisham B Abdullah. (2014 Mei 24). Kenyataan Akhbar Pengesanan DNA Porcine Dalam Coklat Susu Dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk; Bahagian Keselamatan dan Kualiti makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. dipetik dari :
http://fsq.moh.gov.my/v4/index.php/component/k2/item/736-kenyataan-akhbar-pengesanan-dna-porcine-dalam-coklat-susu-dengan-kacang-hazel-cadbury-dairy-milk

3 comments:

  1. Urmm, lepas ni jenama Cadbury je xyah beli la.. Senang citer

    ReplyDelete
  2. aku makan je coklat, tp jarang sekali nak beli. harga pun cam mahal...pe lagi cadbury ni...
    tup2...JAKIM kata halal balik
    lantak la sape nak makan...aku mmg x dah kot...
    nak coklat sekali pun, cari jenama lain :)

    ReplyDelete
  3. Sejak kes tu, memang tak beli dah coklat jenama tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...