Thursday, 24 April 2014

10 Makanan Meningkatkan Kesuburan Lelaki


bilangan sperma (Sperm Count) merupakan antara faktor terpenting dalam menentukan tahap kesuburan bagi seorang lelaki. Kajian menunjunjukkan lebih dari separuh masalah kesuburan dalam sesebuah pasangan berpunca dari  bilangan sperma yang kurang dari tahap normal. Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia, (World Health Organization, WHO) bilangan sperma yang normal adalah sekurang-kurangnya 15 juta sperma per ml air mani.


Antara factor lain selain bilangan sperma yang turut menyumbang kepada kesuburan lelaki adalah motility (Keupayaan sel untuk bergerak sendiri) dan morfologi (bentuk) sperma, serta isi padu, tahap kepekatan fructose, dan pH air mani.

Factor penyumbang kekurangan bilangan sperma


Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada penurunan bilangan sperma seperti factor luaran, gaya hidup, dan perubatan. Antaranya :    

1. Pengambilan dadah seperti cocaine dan marijuana
2. Alkohol
3. Penggunaan computer riba di atas riba dalam jangka masa yang panjang
4. Duduk terlalu lama, seperti memandu dengan jarak jauh, atau berbasikal terlalu lama
5. Merokok
6. Tekanan
7. Obesity
8. Faktor medical seperti ‘varicocele’, keradangan pada testicles dan prostate, masalah ejakulasi, anti-sperm antibodi, tumor, ketidak seimbangan homon, gluten intoleance dan kesan sampingan beberapa jenis ubat.

10 jenis makanan yang boleh meningkatkan bilangan sperma



Namun begitu, senaman dan pemakanan yang sihat boleh membantu anda untuk meningkatkan bilangan sperma. Antara makanan yang boleh diamalkan untuk meningkatkan bilangan sperma antaranya :

1. buah pisang



Buah pisang sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Pisang mengandungi Bromelain, sejenis enzyme yang turut terdapat dalam buah nenas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzyme anti-inflamatory semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosterone (hormon sex lelaki).

Buah pisang juga kaya dengan vitamin B1, A, dan C, yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.
   

2. coklat (Dark chocolate)


Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L- arginine, sejenis amino asid yang yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.

Menurut sebuah kajian dari The University of Michigan Health System, pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.

L-arginine juga boleh menyebabkan pengembangan salur darah (vasodilation), yang meningkatkan aliran darah pada alat sulit dan seterusnya membantu dalam proses ereksi.

3. bawang putih


Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.

4. buah delima


 Buah delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.

Kajian terbaru yang telah diterbitkan dalam International Journal of Medical Research and Health
Sciences (2013) telah membuktikan merokok boleh meningkatkan tahap MDA dalam air mani dan mengurangkan bilangan sperma.

Sebuah lagi kajian yang telah diterbitkan dalam Clinical Nutrition Journal menunjukkan pengambilan jus delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas (free radical) dalam badan dan dapat meningkatkan quality sperma.

5. daging (merah)


Daging mengandungi zat sepeti zink yang membantu menghalang radikal bebas (free radicals) dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosterone dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat.

Menurut Mayoclinic, pengambilan sebanyak 66 mg zink setiap hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur (subfertile) dan 220 mg sehari dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.

6.  kacang Walnut


Selain mengandungi arginine (lihat coklat), kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 (Omega-3 fatty acids) yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.

7. bayam  


Terdapat banyak kandungan falic acid dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilakn sperma yang sihat dah tinggi motilitinya.

8.  salad buah


Buah-buahan seperti oren, strawberry, ceri, dan beberapa lagi buah-bauahan yang tinggi kandungan anti-oksidan sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Dengan pengambilan salad buah, kita dapat menyerap kesemua nutrient yang terdapat dalam buah-buahan tersebut sekaligus. Dengan menjadikan buah-bauahan sebagai sebagai makanan harian, ia boleh menghalang sperma dari dirosakkan oleh radikal bebas. Air mani lelaki yang mengambil sehingga 1000 mg vitamin C setiap hari dapat meningkatkan motility sperma dan seterusnya dapat meningkatkan peluang berlakunya proses persenyawaan.

9. telur


Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, dimana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar.

Kesan anti-oksidan vitamin E juga dapat menghalang kesan negative radikal bebas terhadap sel sperma dan telur (ovum). Oleh yang demikian, vitamin E ini dianggap antara nutrient yang terpenting untuk meningkatkan kesuburan.  

10. air kosong


Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan, termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari.

*Daftar kata : 
Ereksi = keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.
Ejakulasi = pancutan air mani pada saat puncak seksual lelaki.


sebarang persoalan tambahan dan maklumat lanjut mengenai produk kesihatan, produk kesuburan, dan sebagainya, sila rujuk kepada ahli farmasi berdekatan anda.

sumber:
Thenaturesfarmacy. (2014 March 5). 10 Foods that Increase Your Sperm Count. Facebook Page. Dipetik dari: https://www.facebook.com/thenaturesfarmacy/posts/233025973566731:0 

16 comments:

  1. Info yg bagus ni... t kasih atas perkongsian.. :)

    ReplyDelete
  2. satu perkongsian yang menarik... :)

    ReplyDelete
  3. Ilmu yang berguna...terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. Salam Kenal.. :D
    Bagus info nie.. thanks kongsi..

    ReplyDelete
  5. Info yang sangat berguna! Terima kasih atas perkongsian:)

    jemput singgah blogwalking www.bondasihat.com

    ReplyDelete
  6. Salam, saya mempunyai produk untuk uji kesuburan lelaki hanya di rumah. Ini dapat menjimatkan masa dan malu untuk ke hospital. Dengan hanya melakukan di rumah, anda dapat tahu keputusan normal atau tidak. Ini penting sebagai persediaan anda untuk rumah tangga anda.

    Sesiapa berminat, boleh wassap saya di 017-6268424 atau bukak blog ini.
    www.reichhealthcare.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Good Info ! Boleh dijadikan rujukan buat pasangan yang sedang TTC

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...