Friday 10 January 2014

Semak Produk Kesihatan Berdaftar Dari Telefon Pintar

Kewujudan pelbagai produk kesihatan dan kosmetik di pasaran yang tidak berdaftar malah membahayakan kesihatan berada diparas yang amat membimbangkan. Sehubungan dengan itu, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan laman sesawang bagi membolehkan orang awam membuat semakan produk kesihatan dan kosmetik sama ada ianya telah berdaftar ataupun tidak.

Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Kementerian Kesihatan Malaysia di alamat sesawang www.bpfk.gov.my

Semak Produk Kesihatan Berdaftar Dari Aplikasi Myhealth


Kini sebagai pengguna anda boleh membuat semakan pendaftaran produk kesihatan dan kosmetik melalui aplikasi "Myhealth" dari telefon pintar (smartphone) anda, tak kira masa dan dimana jua. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi "Myhealth" dari Google playstore (Android) dan Apps store (Apple) kedalam telefon pintar anda. 

myhealth apps, kementerian kesihatan malaysia, KKM, BPFK, andoid, apple

Ianya adalah aplikasi yang sama jika anda membuat semakan produk kesihatan berdaftar melalui komputer anda dengan melayari laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Kementerian Kesihatan Malaysia.

cara menyemak produk kesihatan berdaftar dari aplikasi Myhealth


cara menyemak produk kesihatan berdaftar, aplikasi Myhealth
1 : buka aplikasi Myhealth dan pilih menu "Produk Berdaftar"
2 : pilih carian produk berdaftar atau carian produk kosmetik bernotifikasi

cara menyemak produk kesihatan berdaftar, aplikasi Myhealth
3 : pilih sama ada carian melalui nama produk atau no pendaftaran produk (MAL xxxxx..)
4 : pilih sama ada Quest 2 atau Quest 3. untuk semakan produk kesihatan, carian adalah perlu melalui kedua-dua Quest manakala untuk semakan produk kosmetik sahaja, hanya perlu menggunakan Quest 3 sahaja. 

cara menyemak produk kesihatan berdaftar, aplikasi Myhealth
5 : masukkan nama produk (jika memilih carian menggunakan nama produk pada langkah 3
6 : selepas carian dijalankan, jika produk tersebut berdaftar, ianya akan dipaparkan. jika tidak, akan keluar paparan "product not exist" 

cara menyemak produk kesihatan berdaftar, aplikasi Myhealth
7 : anda boleh melihat maklumat lanjut mengenai produk tersebut (jika produk berdaftar)

Rujukan Tambahan


sebarang persoalan tambahan dan maklumat lanjut mengenai produk kesihatan, produk kosmetik, dan sebagainya, sila rujuk kepada ahli farmasi berdekatan anda.

sumber dan rujukan tambahan:
1. Farmasi Perak. (2013 Nov 13). Semakan Pendaftaran Produk Kesihatan dan Kosmetik. Facebook Photo. dipetik dari https://www.facebook.com/media/set/?set=a.201077870079020.1073741848.160276434159164
2. Farmasi Perak Facebook Page. https://www.facebook.com/farmasiperak
3. Portal Rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Kementerian Kesihatan Malaysia. http://portal.bpfk.gov.my/

12 comments:

  1. T kasih diatas perkongsian.. sgt2 bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. Kalau x jumpa blog ni mesti saya tak tahu lagi pasal apps ni..

    ReplyDelete
  3. info yang berguna, terima kasih

    ReplyDelete
  4. bagus nih.. hehe.. senang nak check pasni

    ReplyDelete
  5. tahniah...blog yang cantik..terima kasih perkongsian ini

    ReplyDelete
  6. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete
    Replies
    1. sory, I'm not a doctor, just a pharmacist...

      Delete
  7. Replies
    1. saya try pun tak boleh. maybe sebab kurang sambutan, jadi apps ni dah lama sangat tak diupdate oleh developer...

      Delete
  8. Samaa .. tak boleh jugak .. loading sehari suntuk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...