Wednesday 10 July 2013

Panduan Pengambilan Ubat Semasa Berpuasa

Apabila tibanya bulan Ramadhan, pengambilan ubat semasa berpuasa tidak terlepas dari menjadi persoalan yang sering menjadi tanda tanya. Antaranya bilakan masa yang sesuai untuk mengambil ubat oral, bolehkah suntikan dimbil semasa berpuasa, dan sebagainya.

Disini, Penulis ingin berkongsi maklumat berkenaan ubat yang boleh dan tidak boleh diambil semasa berpuasa serta waktu yang sesuai bagi mengambil ubat oral. Maklumat ini diperolehi dari sebuah pamphlet yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 7 Ogos 2012.

panduan kementerian kesihatan malaysia, jakim, cara ambil ubat ramadhan


Penggunaan ubat yang tidak membatalkan puasa



  1. Ubat titis mata, hidung dan telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga)
  2. Tablet sublingual ( bawah lidah ) - dengan syarat diletakkan di bawah lidah dan tak ditelan
  3. Semua bentuk suntikan
  4. Ubat jenis sapuan (krim atau salap) dan plaster
  5. Ubat kumur
  6. Ubat sembur hidung - dengan syarat tak disedut 
  7. Ubat bius setempat atau bius separuh.


Penggunaan ubat yang membatalkan puasa


  1. Ubat biji 
  2. Ubat minum
  3. Inhaler (ubat sedut)
  4. Pesari - ubat yang dimasukkan ke dalam vagina termasuk prosedur cucian
  5. Ubat yang dimasukkan ke dalam dubur ( suppositori dan enema )
  6. Ubat bius menyeluruh - yang melibatkan gas.


Panduan cara pengambilan ubat oral ketika bulan puasa


Kekerapan ubat
Masa pengambilan
sebelum makan
Selepas makan
Sekali sehari
Sebelum bersahur
Selepas berbuka
2 kali sehari
1. sebelum bersahur
2. selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama.
1. Selepas bersahur
2. Selepas berbuka
3 kali sehari
1. Sebelum bersahur
2. selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama
3. sebelum tidur
1. selepas bersahur
2. selepas berbuka
3. sebelum tidur

Ubat empat kali sehari

bergantung kepada jenis penyakit atau minta nasihat akan alternative lain jika ingin berpuasa. Sila rujuk ahli farmasi berdekatan anda.

**bagi ubat yang diambil pada waktu malam, pengambilan ubat adalah seperti biasa mengikut arahan yang telah diberikan


rujukan :
Know Your Medicine. (2012 Aug. 7). Pamphlet - Puasa & Ubat. Dipetik dari  http://knowyourmedicine.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=20&parentid=39&action=view&retrieveid=168&lang=EN

11 comments:

  1. Terima kasih. Panduan ini sangat berguna

    ReplyDelete
  2. panduan yang berguna.. kalau menderma darah ketika berpuasa bolehkan pha is?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari segi hukum, tak ada masalah kerana mengeluarkan darah (bekam, derma darah, dsb.) tidak membatalkan puasa mengikut mazhab syafii'.

      tambahan pula, suntikan tak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa (kecuali suntikan yang menambahkan tenaga cth. "Total Parenteral nutrition - TPN"). jadi, ambil darah melalui suntikan tak membatalkan puasa.

      cuma dari segi kesihatan, mungkin derma darah dalam kuantiti yang banyak semasa berpuasa tak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi yang lain seperti pengsan dsb. tapi, kalau tubuh badan sihat dan cergas, pernah menderma darah dalam keadaan berpuasa tapi tak ada kesan yang memudharatkan, tak mengapa. bergantung kepada individu.

      untuk maklumat yang lebih tepat, sila rujuk dengan pegawai kesihatan (doktor, ahli farmasi, dsb) yang berdekatan.

      Delete
    2. terima kasih di atas jawapan lengkap ni pha is..

      Delete
  3. Entry yang sangat berguna..
    Mohon Share...

    ReplyDelete
  4. terima kasih Pha Is kerana mengingatkan.

    ReplyDelete
  5. terima kasih bro...
    boleh dijadikan panduan ketika berpuasa nanti :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...