Sunday, 23 June 2013

Jerebu | Panduan Kesihatan

malaysia haze

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca Utama Jerebu

Pembakaran Secara Terbuka
Asap Dari Kilang
Asap Dari Kenderaan

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

0 - 50 = Baik
51 - 100 = Sederhana
101 - 200 = Tidak Sihat
201 - 300 = Sangat Tidak Sihat
301 - 500 = Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

Jerebu Mengancam Kesihatan

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-


  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
  • Mereka yang mengalami penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung, dan alahan.


Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

haze mask

Tips Pencegahan Penyakit Akibat Jerebu


  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.



sumber dan rujukan:
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2012 June 16). Jerebu : Panduan Kesihatan Untuk Anda. retrieved from http://www.moh.gov.my/v/jerebu (accessed 2013 June 23)

5 comments:

  1. huhu. hana x kuar rumah pun.. ingt nk g gak jalan2 tapi keadaan cm dah bertmbh buruk je

    ReplyDelete
  2. bagus. waktu-waktu jerebu seperti ini, aktiviti luar amat tidak digalakkan kerana lebih terdedah kepada bahaya kesan jerebu.

    ReplyDelete
  3. nice sharing.. jerebu di tempat akak bertambah buruk.. tambahan pula keadaan cuaca yang kering dan hujan dah lama tak turun..

    ReplyDelete
  4. hari ni macam dah ok sikit kat penang ni..

    ReplyDelete
  5. Sangat tak suka bila jerebu terasa pening.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...