Thursday, 28 June 2018

Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2018 Peringkat Pulau Pinang


Bersempena dengan Hari Farmasi Sedunia yang disambut setiap tahun pada pada 25 September, Persatuan Farmasi Malaysia dengan kerjasama Persatuan Komuniti Farmasi Malaysia dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Pulau Pinang pada tahun ini.

Sambutan Hari farmasi Sedunia 2018 Peringkat Pulau Pinang


Program tersebut akan diadakan pada 11 hingga 12 Ogos 2018 dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya.

Tema bagi tahun ini adalah: "Ahli Farmasi, Pakar Ubat Anda" (Pharmacists, Your Medication Experts). Tujuan program ini diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran komuniti tentang penggunaan ubat-ubatan dengan selamat..


Senarai Aktiviti menarik sepanjang Sambutan Hari farmasi Sedunia Peringkat Pulau Pinang


Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti berikut :

11 Ogos 2018 (Sabtu)


Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak

Terbahagi kepada 2 kategori iaitu tahap 1 (7-9 tahun) dan tahap 2 (10-12 tahun). Boleh bawa anak-anak untuk masuk pertandingan ini. Dan jika ingin sertai, jangan lupa untuk bawa pensil warna sendiri.

Pertandingan Kuiz Kenali Ubat Anda Peringkat Sekolah Rendah

Kuiz ini bertujuan untuk menguji pengetahuan tentang penggunaan ubat-ubatan dengan melibatkan permainan interaktif yang menarik. Kuiz ini terbuka untuk penyertaan berkumpulan kepada kanak-kanak berumur 10 -12 tahun . Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang.

Kuiz Terbuka Kenali Ubat Anda 

Berapa banyak yang anda tahu tentang ubat? Sertai kuiz terbuka ini dan berpeluang menangi banyak hadiah yang menarik.

Pertandingan Spelling Bee kanak-kanak dan dewasa

Kuiz ini bertujuan untuk menguji kemampuan peserta mengeja nama ubat dan terminologi perubatan dengan pantas dan tepat. Terbahagi kepada 2 kategori pertandingan iaitu :
1.Kanak-kanak berumur 10- 12 tahun
2.Dewasa berumur 40 tahun ke atas

sambutan hari farmasi sedunia peringkat negeri pulau pinang
pada tahun lepas di queensbay mall


12 Ogos 2018 (Ahad)


Zumba dan persembahan Karate Kids 

Cergaskan badan anda dengan cara yang menyeronokkan diiringi muzik dengan gabungan senaman dan tarian. Dan saksikan juga ketangkasan kanak-kanak menunjukkan kemahiran karate! Aktiviti zumba ini terbuka kepada semua lapisan umur. (Kanak-kanak perlu ditemani oleh penjaga/ibubapa.)

Pertandingan bercerita Pra sekolah

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat persembahan lakonan si cilik. Penyertaan terbuka kepada kanak-kanak berumur 5-6 tahun melalui pusat asuhan atau taska yang berminat. (Persembahan secara berkumpulan maksimun 5 orang pelakon mengikut tema yang ditetapkan oleh penganjur.)

Pertandingan Forum Remaja Sekolah 
 
Mencungkil bakat remaja dalam berforum disamping menguji pengetahuan isu semasa tentang penggunaan ubat-ubatan. Terbuka kepada penyertaan berkumpulan iaitu remaja berumur 16-19 tahun secara berkumpulan. Penyertaan dihantar melalui sekolah. Forum perlu mengikut tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur

Pertandingan teka kapsul 

Menguji kemampuan anda untuk meneka bilangan keseluruhan ubat biji yang disimpan dalam balang kaca. Terbuka kepada semua pengujung Hari Farmasi dan penyertaan adalah percuma!

Pertandingan selfie KidsPharma

Bawa anak anda merasai pengalaman menjadi ahli farmasi di KidsPharma kami. Ambil gambar anak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan berpeluang memenangi hadiah. Penyertaan adalah percuma!

Pertandingan selfie Hari Farmasi 

Datang beramai-ramai ke Booth Hari Farmasi. Ambil gambar mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan berpeluang memenangi hadiah. Penyertaan adalah percuma!

Aktiviti lain

Selain itu, lain-lain aktiviti yang dijalankan sepanjang Sambutan Hari farmasi Sedunia Peringkat Pulau Pinang ini berlangsung adalah seperti :
1.pemeriksaan kesihatan percuma
2.ceramah kesihatan
3.pameran kesihatan

Marilah sama-sama meramaikan Sambutan Hari farmasi Sedunia Peringkat Pulau Pinang tahun ini. Penulis sendiri akan bertugas di sana sepanjang Sambutan Hari farmasi Sedunia Peringkat Pulau Pinang ini berlangsung.


Jumpa di sana!

Thursday, 17 May 2018

Farmasi Di Bahagian Penguatkuasaan


Dalam entri-entri yang lepas, penulis ada berkongsi tentang tugas dan peranan ahli farmasi di hospital. (rujuk entri Apa Tugas Farmasi Dalam Hospital?) Kali ni, penulis akan cuba berkongsi pula tentang peranan dan tanggung jawab seorang ahli farmasi yang bertugas di Cawangan Penguatkuasaan Farmasi.

“Farmasi bukan sekadar tukang bagi ubat.”

Cawangan Penguatkuasa Farmasi



Cawangan Penguatkuasa Farmasi berperanan untuk menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan bahagian farmasi, dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain, antaranya Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak berkuasa tempatan.

Akta dan Peraturan yang dikuatkuasakan


Aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan oleh Penguatkuasaan Farmasi adalah tertakluk kepada lima Akta dan Peraturan-peraturannya. Akta dan Peraturan yang dikuatkuasakan ialah:

1. Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 (Akta 371)
Peraturan-peraturan Pendaftaran Ahli Farmasi 2004

2. Akta Racun 1952 (Akta 366)
Peraturan-peraturan Racun 1952
Peraturan-peraturan Racun (Natrium Hidroksida)1962
Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989

3. Akta Jualan Dadah 1952 (Akta 368)
Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984
Peraturan-peraturan Jualan Dadah (Perakuan Analisis) 1997

4. Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 (Akta 290)
Peraturan-peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976

5. Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234)
Peraturan-peraturan Dadah Berbahaya 1952

Aktiviti Cawangan Penguatkuasa Farmasi negeri


CPF negeri yang diletakkan di bawah pentadbiran pejabat Pengarah Kesihatan Negeri secara amnya menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan yang sama. Aktiviti ini merangkumi:

1. Pelesenan


Ini melibatkan pengeluaran lesen racun (Jenis A, B), permit untuk membeli dan mengguna bahan psikotropik (buprenorphine dan methadone) dan permit untuk membeli, menyimpan dan mengguna natrium hidroksida di bawah Akta Racun 1952 kepada individu yang layak untuk mengendalikan racun, ubat terkawal atau bahan kimia untuk tujuan yang sah, antaranya untuk tujuan rawatan perubatan/ pergigian/ veterinar, penyelidikan atau kegunaan industri.

2. Pemeriksaan



Pemeriksaan ke atas premis merupakan satu cara pemantauan bagi memastikan undang-undang yang dikuatkuasakan dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat dalam pengendalian racun, ubat terkawal, keluaran penjagaan kesihatan, kosmetik atau bahan kimia dan memastikan hanya ubat berdaftar dan kosmetik bernotifikasi berada dalam pasaran bagi menjamin keselamatan pengguna.

Jenis premis boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :

premis berlesen
premis yang mempunyai lesen/ permit di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan. Contohnya premis farmasi komuniti, kilang-kilang racun, dan sebagainya.

premis berdaftar
klinik perubatan, klinik pergigian, klinik veterinar dan hospital swasta

premis tidak berlesen/ berdaftar.
kedai ubat tradisional, kedai runcit, salun kecantikan, pasar malam dan sebagainya

3. Persampelan


Aktiviti ini dijalankan dari semasa ke semasa dengan mengambil sampel ubat berdaftar/ kosmetik bernotifikasi/ makanan atau minuman dengan kriteria tertentu dari pasaran untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang.

4. Penyaringan iklan ubat dan perkhidmatan kesihatan



Pemantauan iklan ubat dan perkhidmatan kesihatan di media cetak dan media elektronik dijalankan sepanjang tahun bagi memastikan iklan yang disiarkan adalah betul dan tidak memperdayakan orang awam.

untuk maklumat lanjut sila ke entri Iklan Ubat di Laman Sosial

5. Audit


Audit merupakan pemeriksaan khas yang dijalankan ke atas premis yang terlibat dalam pengendalian ubat terkawal tertentu seperti bahan psikotropik, atau prekursor bagi mengesahkan pembelian, pembekalan/ penjualan dan penggunaannya untuk tujuan yang sah seperti yang ditetapkan undang-undang.

6. Risikan dan Operasi



Sebarang ketidak patuhan terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan dikesan melalui pemeriksaan, persampelan, penyaringan iklan ubat dan perkhidmatan kesihatan, audit, aduan atau maklumat yang diterima daripada orang awam atau agensi lain akan dijalankan risikan untuk mengumpul maklumat yang secukupnya bagi menentukan kesahihan dan membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya.


Antara tindakan tersebut ialah amaran, pembatalan lesen/ permit atau serbuan. Serbuan dijalankan sepanjang tahun untuk mengekang mana-mana ubat, kosmetik yang menyalahi undang-undang daripada terus berada di pasaran dan menghentikan kegiatan yang bertentangan dengan kehendak undang-undang yang dikuatkuasakan.

7. Siasatan


Kertas siasatan akan dibuka bagi setiap serbuan yang berjaya untuk mendapatkan keterangan atau bukti bagi tujuan pendakwaan di mahkamah. Siasatan melibatkan pengumpulan barang kes (dokumen) daripada agensi lain, analisis ke atas barang kes yang dirampas dan pengambilan keterangan daripada saksi yang berkaitan.

8. Pendakwaan


Semua kertas siasatan yang telah lengkap akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut. Sekiranya arahan mendakwa diberikan, kes akan didaftarkan di mahkamah. Mahkamah akan menetapkan tarikh untuk kes didengar di hadapan majistret dan pendakwaan akan dijalankan oleh pegawai penguat kuasa farmasi sendiri.

9. Pencegahan dan kesedaran penguna



Selain aktiviti penguatkuasaan, CPF negeri juga bertanggungjawab untuk menyelaras dan menjalankan aktiviti kesedaran dan pencegahan pengguna melalui pameran, dialog dan ceramah kepada orang awam untuk mendidik orang awam mengenai kepentingan menggunakan ubat berdaftar, kosmetik bernotifikasi dan penggunaan ubat-ubatan yang selamat.

10. Saringan import di pintu masuk Kastam


CPF negeri yang mempunyai pintu masuk seperti lapangan terbang, pelabuhan, pusat mel dan sempadan turut menjalankan aktiviti saringan dokumen import dan pemeriksaan ke atas konsaimen (kargo/ bagasi penumpang/ bungkusan pos) bagi memastikan pengimportan racun, ubat terkawal, kosmetik atau bahan kimia dilakukan mengikut kehendak undang-undang.

Mana-mana pengimportan racun, ubat, kosmetik atau bahan kimia yang tidak selaras dengan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan akan ditahan dan dirampas oleh Kastam Diraja Malaysia atas nasihat daripada CPF negeri.

Untuk maklumat lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Penguatkuasaan Farmasi dan Cawangan Penguatkuasa Farmasi negeri serta akta dan peraturan yang dikuatkuasakan, sila layari www.pharmacy.gov.my.


Sumber dan Rujukan
1. Salina bt. Mohd Zamani (2015). Aktiviti Penguatkuasaan Bahagian Perkhidmatan Farmasi. Portal MyHealth Kementerian Kesihatan malaysia. Dipetik dari http://www.myhealth.gov.my/aktiviti-penguatkuasaan-bahagian-perkhidmatan-farmasi/
2. Laporan Tahunan Program Farmasi, KKM 2010
3. Malaysian Laws on Poisons and Sale of Drugs
4. Bahagian Perkhidmatan Farmasi. (2013). Sejarah Kami. Dipetik dari https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/sejarah-kami.html 
5. Jom Kenal Ubat. (2017). Penguatkuasaan Melalui Pemeriksaan. Facebook page. dipetik dari https://www.facebook.com/Jomkenalubat/posts/1394690230630306




Monday, 2 October 2017

Kebaikan Kopi Dari Segi Kesihatan


Terdapat banyak kajian yang menunjukkan pengambilan kopi yang kerap adalah selamat malah mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan. Pengambila kopi sehingga 5 cawan sehari bukan sahaja dapat memperbaiki kesihatan mental dan tubuh badan, malah dapat meningkatkan jangka hayat hidup! [1].

Kebaikan Kopi Dari Segi Kesihatan


Selain itu, banyak lagi kajian kajian yang telah dijalankan berkenaan pengambilan minuman kopi ini yang menunjukkan impak yang positif terhadap kesihatan dan tubuh badan. Antaranya termasuklah : 

Panjang umur



2 kajian [2, 3] yang diterbitkan pada 10 julai 2017 dalam  “Annals of Internal Medicine” melaporkan pengambilan kopi dapat dikaitkan dengan penurunan risiko kematian daripada pelbagai faktor. Walaubagaimanapun, kajian ini dijalankan untuk pelbagai etnik dan bangsa hanya di kawasan eropah.


Penyakit jantung



Walaupun agak pelik kerana bahan aktif kopi iaitu caffeine dikenali sebagai bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah, namun penemuan menunjukkan ianya dapat mengurangkan risiko beberapa jenis penyakit jantung seperti penyakit koronari[6], kegagalan jantung[7], dan fibrilasi atrium[8].

Angin ahmar (strok)


Sebuah kajian meta analisis [15] menunjukkan pengambilan satu sehingga 6 cawan kopi sehari dapat mengurangkan risiko penyakit angina ahmar sebanyak 17% dan sebuah lagi kajian yang dijalankan dalam kalangan wanita di sweeden menunjukkan pengurangan risiko penyakit strok sebanyak 22-25% [16].

Kajian lain yang dilakukan secara meta-analisis [17] menunjukkan pengambilan kopi sebanyak 1 hingga 3 cawan sehari bagi mereka yang tidak mempunyai penyakit cerebrovascular dapat mengurangkan kebarangkalian mereka dihinggapi penyakit angin ahmar.

Sebuah kajian yang dilakukan di jepun mendapati pengambilan minuman kopi selama 13 tahun dapat mengurangkan risiko penyakit strok sehingga 20%.[18]


Kencing manis (Diabetes)



Minuman kopi sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam mengawal kepekatan gula dalam darah, dan peningkatan lemak dalam badan yang tidak terkawal. Beberapa kajian telah Berjaya menunjukkan kaitan antara minuman kopi dan peningkatan metabolsme glukosa, penghasilan insulin, dan mengurangkan risiko mengidap penyakit kencing manis secara signifikan.[19-23]

Pakar kesihatan berpendapat kaitan antara kopi dan diabetes ini mungkin disebabkan oleh kesan anti-inflamatorinya dan kesan anti-oksida asid chlorogenic yang mengurangkan penyerapan glokosa.[24]

Kanser



Terdapat kajian yang mengaitkan antara pengambilan minuman kopi dan pengurangan risiko beberapa jenis kanser termasuklah kanser endometrial, (dengan pengambilan sebanyak 4 cawan sehari)[25], kanser prostate (6 cawan kopi sehari) [26], kanser “head and neck” (4 cawan kopi sehari) [27,28] dan kanser payudara (lebih daripada 5 cawan kopi sehari) [29,30] dan beberapa jenis kanser yang lain [32]

Manfaat kopi ini mungkin disebabkan kebaikan kopi sebagai anti-oksida dan ciri-ciri kopi itu sendiri yang merupakan anti-mutagenik (anti-kanser).  [33,34]. Dan yang terbaru, sebuah kajian Berjaya menunjukkan penurukan insiden “colorectal” yang signifikan bagi mereka yang mengambil minuman kopi lebih daripada 2.5 cawan sehari. [35]


Penguat ingatan


Selain bermanfaat sebagai bahan yang menstimulasi kecerdasan otak secara cepat, kopi dilihat mampu memberikan kesan jangka panjang yang baik terhadap otak. Sebuah kajian [33] menunjukkan pesakit yang sederhana nyanyuk yang meminum 3 hingga 5 cawan kopi sehari dapat menghalang daripada penyakit tersebut daripada menjadi lebih teruk. Kajian lain juga telah menunjukkan kaitan antara caffeine dalam menguatkan ingatan[34].


Kemurungan


Kajian telah menunjukkan pengambilan minuman kopi boleh meningkatkan kesihatan mental dan menghalang dari berlaku kemurungan.[37,38]

Dan satu kajian yang dijalankan kepada wanita yang meminum 2 hingg 3 cawan kopi sehari mempunyai penurunan risiko menghadapi kemurungan sehingg 15% berbanding mereka yang meminum kopi kurang daripada 1 cawan kopi seminggu. Malah, mereka yang mengambil lebih daripada 4 cawan kopi sehari berlaku penurunan risiko kemurungan sebanyak 20%!

Kesan jangka masa pendek terhadap mood ini datang daripada perubahan aktiviti serotonin dan dopamine dalam badan, manakala kesan jangka masa panjang kemungkinan disebabkan oleh kesan anti-oksida dan anti-inflamatori yang terdapat dalam kopi.[39-42]


Lain –lain kajian


Selain itu, terdapat juga kajian lain yang telah Berjaya membuktikan kebaikan kopi antaranya :

Mengurangkan “dry-eye syndrome”[50]
Mengurangkan risiko gout [51]
Membantu melawan jankitan kuman sehingga dikatakan mampu melindungi badan daripada kuman methicillin-resistant Staphylococcus aureus(MRSA)[52]


Keburukan kopi 



Setiap benda ada keburukannya, terutamanya kalau diambil berlebihan. Air kosong pun kalau minum banyak sangat boleh memudharatkan. Bagi keburukan kopi pula, selain meningkatkan tekanan darah tinggi, kopi juga turut menyumbang dan memburukkan lagi keresahan, geletar, dan berpotensi untuk meningkatkan risiko glaucoma [53]


Kurangkan gula


Harus diingatkan agar jika hendak mengambil minuman kopi, awasi kandungan gula yang terdapat didalamnya. Dan sudah semestinya kopi pra campuran 3in1 yang tinggi kandungan gulanya adalah lebih membawa mudharat berbanding kebaikan.



Dipetik dan diolah dari :
Stetka BS (2017 Sept 15). How Healthy Is Coffee? The Latest Evidence. Medscape. Dari http://www.medscape.com/slideshow/coffee-6004434

Rujukan kajian:
1. Office of Disease Prevention and Health Promotion. Scientific report of the 2015 Dietary Guidelines Advisory Committee. Health.gov. http://health.gov/dietaryguidelines/2015-scientific-report/10-chapter-5/d5-5.asp Accessed August 6, 2015.
2. Gunter MJ, Murphy N, Cross AJ, et al. Coffee drinking and mortality in 10 European countries: a multinational cohort study. Ann Intern Med. 2017 Aug 15. [Epub ahead of print] Abstract
3. Park SY, Freedman ND, Haiman CA, et al. Association of coffee consumption with total and cause-specific mortality among nonwhite populations. Ann Intern Med 2017 Aug 15. [Epub ahead of print]Abstract
4. Freedman ND, Park Y, Abnet CC, Hollenbeck AR, Sinha R. Association of coffee drinking with total and cause-specific mortality. N Engl J Med. 2012;366:1891-1904.
5. Crippa A, Discacciati A, Larsson SC, Wolk A, Orsini N. Coffee consumption and mortality from all causes, cardiovascular disease, and cancer: a dose-response meta-analysis. Am J Epidemiol. 2014;180:763-775.
6. Wu JN, Ho SC, Zhou C, et al. Coffee consumption and risk of coronary heart diseases: a meta-analysis of 21 prospective cohort studies. Int J Cardiol. 2009;137:216-225.
7. Mostofsky E, Rice MS, Levitan EB, Mittleman MA. Habitual coffee consumption and risk of heart failure: a dose response meta-analysis. Circ Heart Fail. 2012;5:401-405. http://circheartfailure.ahajournals.orgAccessed August 6, 2015.
8. Cheng M, Hu Z, Lu X, Huang, J, Gu D. Caffeine intake and atrial fibrillation incidence: dose response meta-analysis of prospective cohort studies. Can J Cardiol. 2014 30:448-454.
9. Dixit S, Stein PK, Dewland TA. Consumption of "healthy" caffeinated products and cardiac ectopy. Program and abstracts of the Heart Rhythm Society 2015 Scientific Sessions; May 13-15, 2015; Boston, Massachusetts. Abstract PO01-113.
10. Larsson SC, Orsini N. Coffee consumption and risk of stroke: a dose-response meta-analysis of prospective studies. Am J Epidemiol. 2011;174:993-1001.
11. Natella F, Nardini M, Belelli F, Scaccini C. Coffee drinking induces incorporation of phenolic acids into LDL and increases the resistance of LDL to ex vivo oxidation in humans. Am J Clin Nutr. 2007;86:604-609.
12. Gómez-Ruiz JA, Leake DS, Ames JM. In vitro antioxidant activity of coffee compounds and their metabolites. J Agric Food Chem. 2007;55:6962-6969.
13. Nardini M, D'Aquino M, Tomassi G, Gentili V, Di Felice M, Scaccini C. Inhibition of human low-density lipoprotein oxidation by caffeic acid and other hydroxycinnamic acid derivatives. Free Radic Biol Med. 1995;19:541-552.
14. Montagnana M, Favaloro EJ, Lippi G. Coffee intake and cardiovascular disease: virtue does not take center stage. Semin Thromb Hemost. 2012;38:164-177.
15. Larsson SC, Orsini N. Coffee consumption and risk of stroke: a dose-response meta-analysis of prospective studies. Am J Epidemiol. 2011;174:993-1001.
16. Larsson SC, Virtamo J, Wolk A. Coffee consumption and risk of stroke in women. Stroke. 2011;42:908-912.
17. D'Elia L, Cairella G, Garbagnati F, et al. Moderate coffee consumption is associated with lower risk of stroke: meta-analysis of prospective studies. J Hypertens. 2012;30 (Suppl A):e107.
18. Kokubo Y, Iso H, Saito I, et al. The impact of green tea and coffee consumption on the reduced risk of stroke incidence in Japanese population: the Japan public health center-based study cohort. Stroke. 2013;44:1369-1374.
19. Huxley R, Lee CM, Barzi F, et al. Coffee, decaffeinated coffee, and tea consumption in relation to incident type 2 diabetes mellitus: a systematic review with meta-analysis. Arch Intern Med. 2009;169:2053-2063.
20. Sartorelli DS, Fagherazzi G, Balkau B, et al. Differential effects of coffee on the risk of type 2 diabetes according to meal consumption in a French cohort of women: the E3N/EPIC cohort study. Am J Clin Nutr. 2010;91:1002-1012.
21. Floegel A, Pischon T, Bermann MM, Teucher B, Kaaks R, Boeing H. Coffee consumption and risk of chronic disease in the European Prospective Investigation into Cancer and Nutrition (EPIC) Germany study. Am J Clin Nutr. 2012;95:901-908.
22. Bhupathiraju SN, Pan A, Manson JE, Willett WC, van Dam RM, Hu FB. Changes in coffee intake and subsequent risk of type 2 diabetes: three large cohorts of US men and women. Diabetologia. 2014;57:1346-1354.
23. Koloverou E, Panagiotako DB, Pitsavos C, et al. The evaluation of inflammatory and oxidative stress biomarkers on coffee-diabetes association: results from the 10-year follow-up of the ATTICA Study (2002-2012). Eur J Clin Nutr. 2015;69:1220-1225.
24. Vinson JA, Burnham B, Nagendran MV, et al. Randomized double-blind placebo-controlled crossover study to evaluate the efficacy and safety of a green coffee bean extract in overweight subjects. Program and abstracts of the 243rd American Chemical Society National Meeting and Exposition; March 25-29, 2012; San Diego, California. Abstract 92.
25. Je Y, Hankison SE, Tworoger SS, De Vivo I, Giovannucci E. A prospective cohort study of coffee consumption and risk of endometrial cancer over a 26-year follow-up. Cancer Epidemiol Biomarkers Prev. 2011;20:2487-2495.
26. Wilson KM, Kasperzyk JL, Rider JR, et al. Coffee consumption and prostate cancer risk and progression in the Health Professionals Follow-up Study. J Natl Cancer Inst. 2011;8;103:876-884.
27. Turati F, Galeone C, La Vecchia C, Garavello W, Tavani A. Coffee and cancers of the upper digestive and respiratory tracts: meta-analyses of observational studies. Ann Oncol. 2011;22:536-544.
28. Galeone C, Tavani A, Pelucchi C, et al. Coffee and tea intake and risk of head and neck cancer: pooled analysis in the international head and neck cancer epidemiology consortium. Cancer Epidemiol Biomarkers Prev. 2010;19:1723-1736.
29. Li J, Seibold P, Chang-Claude J, et al. Coffee consumption modifies risk of estrogen-receptor negative breast cancer. Breast Cancer Res. 2011;13:R49.
30. Bhoo-Pathy N, Peeters PH, Uiterwaal C, et al. Coffee and tea consumption and risk of pre- and postmenopausal breast cancer in the European Prospective Investigation Into Cancer and Nutrition (EPIC) cohort study. Breast Cancer Res. 2015;17:15.
31. Song F, Qureshi AA, Han J. Increased caffeine intake is associated with reduced risk of basal cell carcinoma of the skin. Cancer Res. 2012;72:3282-3289.
32. Loftfield E, Freedman ND, Graubard BI, et al. Coffee drinking and cutaneous melanoma risk in the NIH-AARP Diet and Health Study. J Natl Cancer Inst. 2015;107.
33. Cao C, Loewenstein DA, Lin X, et al. High blood caffeine levels in MCI linked to lack of progression to dementia. J Alzheimer Dis. 2012;30:559-572.
34. Borota D, Murray E, Keceli G, et al. Post-study caffeine administration enhances memory consolidation in humans. Nat Neurosci. 2014;17:201-203.
35. Schmit SL, Rennert HS, Rennert G, Gruber SB. Coffee consumption and the risk of colorectal cancer. Cancer Epidemiol Biomarkers Prev. 2016;25:634-639.
36. Ross W, Duda J, Abbott R, et al. Association of coffee caffeine consumption with brain Lewy pathology in the Honolulu-Asia Aging Study. Program and abstracts of the 64th Annual Meeting of the American Academy of Neurology; April 21-28, 2012; New Orleans, Louisiana. Abstract S42.005.
37. Lucas M, Mirzaei F, Pan A, et al. Coffee, caffeine, and risk of depression among women. Arch Intern Med. 2011;171:1571-1578.
38. Brooks M. Sweetened drinks may boost depression, coffee reduces it. Medscape Medical News. January 9, 2013. http://www.medscape.com/viewarticle/777356 Accessed August 17, 2015.
39. Lucas M, Mirzaei F, Pan A, et al. Coffee, caffeine, and risk of depression among women. Arch Intern Med. 2011;171:1571-1578.
40. Pasco JA, Nicholson GC, Williams LJ, et al. Association of high-sensitivity C-reactive protein with de novo major depression. Br J Psychiatry. 2010;197:372-377.
41. Ng F, Berk M, Dean O, Bush AI. Oxidative stress in psychiatric disorders: evidence base and therapeutic implications. Int J Neuropsychopharmacol. 2008;11:851-876.
42. O'Connor A. Coffee drinking linked to less depression in women. New York Times. February 13, 2012.http://well.blogs.nytimes.com/2011/09/26/coffee-drinking-linked-to-less-depression-in-women/Accessed August 6, 2015.
43. Molloy JW, Calcagno CJ, Williams CD, Jones FJ, Torres DM, Harrison SA. Association of coffee and caffeine consumption with fatty liver disease, nonalcoholic steatohepatitis, and degree of hepatic fibrosis. Hepatology. 2012;55:429-436.
44. Gallus S, Tavani A, Negri E, La Vecchia C. Does coffee protect against liver cirrhosis? Ann Epidemiol. 2002;12:202-205.
45. Bambha K, Wilson LA, Unalp A, et al; Nonalcoholic Steatohepatitis Clinical Research Network (NASH CRN). Coffee consumption in NAFLD patients with lower insulin resistance is associated with lower risk of severe fibrosis. Liver Int. 2014;34:1250-1258.
46. Modi AA, Feld JJ, Park Y, et al. Increased caffeine consumption is associated with reduced hepatic fibrosis. Hepatology. 2010;51:201-209.
47. Birerdinc A, Stepanova M, Pawloski L, Younossi M. Caffeine is protective in patients with non-alcoholic fatty liver disease. Aliment Pharmacol Ther. 2012;35:76-82.
48. Saab S, Mallam D, Cox GA 2nd, Tong MJ. Impact of coffee on liver diseases. Liver Int. 2014;34:495-504.
49. Chalasani NP. Acute alcoholic hepatitis in the United States: Clinical characteristics, outcomes and relationship with PNPLA3 genotype and coffee drinking. Program and abstracts of the American College of Gastroenterology 2016 Annual Scientific Meeting; October 14-19, 2016; Las Vegas, Nevada.
50. Arita R, Yanagi Y, Honda N, Maeda S, et al. Caffeine increases tear volume depending on polymorphisms within the adenosine A2a receptor gene and cytochrome P450 1A2. Ophthalmology. 2012;119:972-978.
51. Choi HK, Willett W, Curhan G. Coffee consumption and risk of incident gout in men: a prospective study. Arthritis Rheum. 2007;56:2049-2055.
52. Matheson EM, Mainous AG, Everett CJ, King DE. Tea and coffee consumption and MRSA nasal carriage. Ann Fam Med. 2011;9:299-304.
53. Jiwani AZ, Rhee DJ, Brauner SC, et al. Effects of caffeinated coffee consumption on intraocular pressure, ocular perfusion pressure, and ocular pulse amplitude: a randomized controlled trial. Eye (Lond). 2012; 26:1122-1130.



Tuesday, 26 September 2017

Sejarah Profesyen Ahli Farmasi di Malaysia



Salam  hari farmasi sedunia buat semua pembaca. bersempena dengan sambutan hari farmasi sedunia yang disambut setiap tahun pada 25 september, boleh kita selusuri sejarah perkembangan profesyen farmasi di malaysia.

Sejarah Profesyen Ahli Farmasi di Malaysia


Sejarah perkembangan farmasi di Negara kita sebenarnya bermula sebelum kita merdeka lagi. Suatu ketika dahulu sebelum Pegawai Farmasi di negara kita dikenali sebagai “Ahli farmasi”, golongan ini pada mulanya dikenali sebagai “Ahli Kimia Ubat” (AKU).

Akta Pendftaran Ahli Farmasi mula dikuatkuasakan pada tahun 1951. Setahun selepas itu (1952) Akta Racun dan Akta Dadah Berbahaya pula dikuatkuasakan. Melalui akta ini, semua Ahli Farmasi dalam negara ini perlu berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia

Pada tahun 1952 Lembaga Farmasi hanya memperakui 20 Ahli Farmasi sahaja dalam negara ini. Kemudian pada tahun 1957 terdapat seramai 23 orang Ahli Farmasi berdaftar berkhidmat dalam sektor awam.


Pada masa itu, ternyata sangat kurang ahli Farmasi. Dalam masa yang sama keperluan lebih ramai lagi Ahli Farmasi diperlukan untuk menyedia dan mengekalkan perkhidmatan asas unit farmasi di hospital-hospital awam dan klinik kesihatan. Maka bagi mengatasi masalah ini, maka tertubuhlah “Dispenser Training School” pada ketika itu sebelum wujudnya Universiti yang menawarkan kursus Sarjana Muda Farmasi.

Selepas negara kita merdeka, Makmal Ubat dan Stor telah dibina di Petaling Jaya pada tahun 1969. Dengan pembinaan Makmal ini maka bermulalah perkembangan peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh ahli farmasi bawah KKM yang dikenali kini sebagai “Bahagian Perkhidmatan Farmasi”(BPF) bermula januari 1974.

Setelah dua tahun BPF KKM beroperasi, maka pada 1 Januari 1976 Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) KKM diwujudkan sebagai sebuah cawangan di bawah BPF KKM. Peranan CPF tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan perundangan berkaitan farmasi  dan perdagangan farmaseutikal di negara ini secara lebih berkesan.

Seterusnya pada tahun 1978 Makmal Kawalan Kimia Ubat Kebangsaan (MKKUK) telah ditubuhkan bertujuan untuk melaksanakan tanggungjawab regulatori berkaitan ubat-ubatan di negara ini. Kemudiannya MKKUK ini dikenali sebagai Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan kini pada tahun lepas (2016) ia telah diberi nama sekali lagi sebagai Bahagian Regulatori Farmasi Negara  atau singkatannya NPRA.


Pada tahun 1984, Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik pula diisytiharkan. Semenjak itu bermulalah satu era baru dalam sistem regulatori produk farmaseutikal yang bersistematik di Malaysia.

Kemudian tertubuhnya pula “Pihak Berkuasa Kawalan Dadah” (PBKD) atau juga dikenali sebagai (Drug Control Authority : DCA). PBKD ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan (KPK). Tujuan PBKD ini adalah untuk memastikan Kualiti, Keselamatan dan Keberkesanan (3K) sesuatu produk farmaseutikal sebelum boleh dipasarkan di Malaysia.

Untuk mencapai matlamat 3K itu tadi, PBKD melalui sekreteriat yang berpusat di NPRA akan menjalankan fungsi kawal selia seperti pendaftaran produk, analisa sampel, pemeriksaan dan pelesenan, pasca pemasaran, pengawasan dan pemantauan kesan sampingan ubat .

Begitu kisahnya bagaimana bermulanya semua ubat-ubatan perlu berdaftar dalam negara ini dan aktiviti-aktiviti lain mula berkembang seperti pemeriksaan dan pelesenan GMP kepada kilang-kilang farmaseutikal  dan aktiviti pemantauan pasca pemasaran bagi produk-produk farmaseutikal yang telah berdaftar.

#WorldPharmacistsDay2017
#MyWPD2017




sumber dan rujukan:
1. The Dressar & Co. (2017 Sept 25). Sejarah Profesyen Ahli Farmasi di Malaysia. Facebook status. dipetik dari https://www.facebook.com/thedressar/posts/1929562497303641
2. Dr. Khoo Yoong Khean. (2015 Jun 3). Cabaran Seorang Pegawai Farmasi – Norvena binti Hisyam. The malaysian medical gazette. diperoleh dari http://www.mmgazette.com/cabaran-seorang-pegawai-farmasi-norvena-binti-hisyam/


Sunday, 3 September 2017

Terapi Gantian Methadone


Dalam entri lepas yang bertajuk “Apa Tugas Farmasi Dalam Hospital”, penulis telah terlepas pandang 1 lagi tugas seorang ahli farmasi dalam hospital yang tak kurang pentingnya tapi seringkali tidak diketahui umum iaitu Farmasi Terapi Gantian Methadone.


Apa Itu Terapi Gantian Methadone?


Terapi Gantian Methadone atau Methadone Replacement Therapy (MRT) adalah satu program yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha Negara menangani HIV/AIDS di kalangan pengguna dadah suntikan dan di masa sama menangani isu penagihan opiat khususnya heroin di Malaysia.


Sebelum MRT diwujudkan, statistic menunjukkan 74% dari jumlah jangkitan HIV yang dilaporkan di Malaysia dari tahun 1986 sehingga 2004 adalah disebabkan penagihan dadah suntikan.

Dan sejak program ini dijalankan bermula oktober 2005, keberkesanan program ini telah terbukti dalam menangani isu HIV/AIDS dan penagihan. Jadi adalah penting program ini dapat diperluaskan perkhidmatan dan liputannya dalam memastikan jangkitan HIV dan penagihan terutamanya opiat dapat terus dibendung.


Dalam program ini, pesakit yang terlibat adalah penagih dadah jenis opiate seperti heroin. Mereka akan diberikan dos Methadone secara oral (ubat sirap) dengan cara DOT (direct observe therapy) dimana mereka harus minum sirap methadone di premis yang disediakan (sama ada di hospital, klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta yang terpilih) dan disaksikan oleh ahli farmasi setiap hari.


Apa Itu Methadone?



Methadone adalah sejenis ubat sintetik yang menghasilkan kesan sama seperti heroin dan morfin dalam mencegah gejala tarikan (akibat tidak mengambil heroin) dan memenuhi keperluan fizikal penagih untuk mengambil heroin dengan menakluki / mengisi tapak reseptor otak yang terjejas oleh heroin dan opiat lain tanpa kesan khayal.

 Methadone bertindak;
• Menghalang kesan euforia dan sedasi daripada opiat;
• Mengurangkan keinginan untuk opiat yang merupakan faktor utama untuk relaps;
• Melegakan gejala tarikan opiat;
• Membolehkan seseorang untuk bekerja dan memainkan peranan dalam masyarakat secara normal

Rawatan Methadone diberi setiap hari sebagai pesakit luar secara oral (ubat sirap). Penyertaan dalam Program Rawatan Methadone ini juga dapat menjadi platform bagi pesakit mengesan masalah kesihatan yang lain seperti HIV, hepatitis dan Tibi.

Objektif Rawatan Methadone


Objektif Umum

Untuk mengurangkan jangkitan penyakit bawaan darah dalam kalangan pengguna
dadah secara suntikan selain membantu dan merawat pesakit yang mempunyai masalah penagihan khasnya opiat dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Objektif Khusus

•Mengurangkan risiko dan penyebaran jangkitan HIV dalam kalangan pengguna dadah suntikan dan pasangan.
•Mengurangkan risiko dan penyebaran jangkitan penyakit bawaan darah yang lain seperti hepatitis B dan C.
•Mengurangkan penyalahgunaan dadah opiat dan komplikasi sampingan
•Mengurangkan kejadian pesakit relaps / menagih semula.
•Meningkatkan kesihatan mental dan fizikal pesakit.
•Meningkatkan keupayaan sosio ekonomi pesakit dan membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan.
•Meningkatkan kesediaan dan penyesuaian pesakit untuk kembali ke pangkuan masyarakat.
•Meningkatkan keselamatan masyarakat dan mengurangkan kegiatan jenayah yang dikaitkan dengan penagihan.
•Mengurangkan amalan berisiko melalui suntikan dadah


Mitos Terapi Gantian Methadone



Mitos # 1: Pengambilan methadone adalah sama seperti mengambil dadah opiod heroin atau morfin

Fakta: Methadone adalah tidak sama dengan dadah opioid heroin atau morfin. Methadone adalah sejenis ubat yang digunakan dalam merawat kebergantungan dadah opiod seperti heroin dan morfin. Tindakbalas methadone di dalam badan juga berbeza dengan tiada kesan sedatif jika diambil berbanding pengambilan heroin atau morfin. Malah pengambilan methadone tidak akan menyebabkan urin positif dan bebas daripada tindakan penguatkuasaan pihak berkuasa.

Mitos # 2: Pesakit methadone yang telah tidak mengambil sebarang dadah terlarang lain sebenarnya mempunyai masalah ketagih kepada methadone pula.

Fakta: Pesakit tidak ketagih kepada methadone tetapi memerlukan rawatan methadone yang berterusan untuk mengekalkan status pemulihan. Methadone yang diambil dengan betul adalah selamat dan bermanfaat, bukan sebaliknya. Konsep rawatan berterusan ini adalah sama dengan konsep rawatan pesakit-pesakit penyakit kronik lain seperti pesakit diabetes, pesakit hipertensi, pesakit asma yang perlu mengambil ubat-ubatan mereka seumur hidup bagi mengawal penyakit mereka.

Mitos # 3: Pesakit yang berada di dalam rawatan methadone tidak boleh melakukan kerja berat dan menunjukkan prestasi kerja yang tidak baik

Fakta: Pesakit methadone yang stabil mampu bekerja berat dengan prestasi kerja yang jauh lebih baik berbanding jika masih mengambil dadah. Pesakit methadone tidak akan mengalami sebarang kesan gian, lentok, lalok ataupun khayal semasa bekerja. Melalui kesan methadone yang lama iaitu sehingga 24jam, pesakit tidak akan merasa gian, tidak perlu resah tentang cara mendapatkan dadah dan bebas daripada kesan khayal selepas mengambil dadah. Maka pesakit boleh fokus bekerja dengan baik. Pesakit sering menyifatkan keadaan mereka sebagai normal dan prestasi kerja sama sekali tidak akan terjejas. Kajian menunjukkan pesakit methadone yang stabil mempunyai koordinasi mata dengan tangan, tindakbalas respon dan pemerhatian yang baik seperti individu normal yang lain.

Mitos # 4: Methadone akan menyebabkan pereputan gigi dan tulang

Fakta: Methadone tidak akan menyebabkan pereputan gigi dan tulang. Salah satu kesan sampingan pengambilan methadone hanyalah pengeringan mulut disebabkan oleh pengurangan rembesan air liur. Pesakit sering dinasihatkan agar menjaga kebersihan gigi, mengurangkan pengambilan gula dan minum air dengan mencukupi bagi mengelakkan gejala kekeringan mulut. Masalah pesakit mengalami sakit pinggang atau sengal tulang adalah mungkin disebabkan kesan gian yang dialami pesakit dan bukannya disebabkan oleh methadone. pesakit perlu berjumpa dan berbincang dengan pegawai perubatan mengenai dos methadone yang mungkin tidak mencukupi.

Mitos # 5: Pengambilan methadone semasa hamil adalah tidak selamat

Fakta: Methadone adalah ubat yang selamat untuk digunakan bagi merawat masalah kebergantungan opiod dalam kalangan pesakit hamil. Kajian menunjukkan bayi di dalam kandungan tidak mengalami sebarang kecacatan atau tumbesaran yang perlahan dalam tempoh pengambilan methadone oleh ibu. Manakala pengambilan dadah terlarang secara berterusan semasa hamil akan lebih berisiko menyebabkan kecacatan dan mudarat kepada bayi.

Mitos # 6: Sukar untuk memulakan dan berhenti daripada rawatan methadone

Fakta: Setiap pesakit yang ingin dimulakan rawatan methadone perlu disaring terlebih dahulu seperti pemeriksaan darah dan fungsi hati, perkara ini penting bagi memudahkan pegawai perubatan menentukan dos methadone yang selamat untuk diambil pesakit. Disebabkan methadone merupakan ubat sintetik, dos yang diperlukan untuk rawatan adalah berbeza berbanding pengambilan dos heroin atau morfin. Oleh itu saringan perubatan hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Pesakit methadone hendaklah menjalani rawatan sekurang-kurangnya selama 12 bulan bagi memastikan pesakit mendapat rawatan yang berkesan. Selepas tempoh itu, jika pesakit yakin akan pemulihan mereka, pesakit dibenarkan untuk melakukan penurunan dos secara berperingkat sebelum boleh berhenti mengambil methadone sepenuhnya.

Persoalan mengenai Terapi Gantian Methadone?


Jika kurang jelas berkenaan therapy gentian methadone ini, boleh ajukan di ruangan komen atau bertanyakan kepada mana-mana ahli farmasi berdekatan anda.

#AskYourPharmacist

Sumber dan rujukan :
1. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia . (2016 Mei). Polisi Dan Prosedur Operasi Piawai Program Rawatan Methadone Edisi Kedua. Putrajaya
2. Portal Rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM : Methadone Replacement Therapy. Dipetik dari http://www.pharmacy.gov.my/v2/en/content/methadone-replacement-therapy.html
3. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2016 May 3). Mitos Dan Fakta Rawatan Methadone. Facebook status. Dipetik dari https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10153430503401237:0

Friday, 25 August 2017

Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017


Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017


Bersempena dengan Hari Farmasi Sedunia yang bakal disambut setiap tahun pada 25 September ini, pada tahun ini Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan kesihatan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Malaysian Pharmaceutical Society dan Malaysian Community Pharmacy Guild akan menganjurkan Hari farmasi Sedunia Peringkat negeri Pulau Pinang yang bertemakan "From Research To healthcare : Your Pharmacist Is At Your Service" 

Sambutan ini bakal berlangsung seperti berikut :

Tarikh : 30 september – 1 oktober 2017
Hari : sabtu dan ahad
Jam : 10.30 pagi – 10.00 malam
Tempat : Pusat Beli Belah Queens Bay, Pulau Pinang (aras G zon utara, berdekatan starbucks)


Aturcara Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017


Pada sepanjang hari sambutan tersebut dari pukul 10.30 pagi sehingga 10.00 malam, diadakan pameran, penyaringan kesihatan PERCUMA, dan pertandingan teka kapsul di perkarangan kawasan pameran. selain itu, turut diadakan beberapa acara lain seperti ketetapan berikut :
.

Sabtu ( 30 September 2017)

Masa
Aktiviti
10.30-11.30am
Pertandingan mewarna (kanak-kanak)
12.00pm
Majlis perasmian

Ketibaan Tetamu Jemputan
Ketibaan Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang
* Ucapan Aluan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)
* Ucapan Perasmian oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang
* Gimik Perasmian
* Persembahan Multimedia
* Penyampaian Hadiah untuk Pertandingan Mewarna
* Lawatan ke tapak pameran
* Jamuan

2.00-2.30pm
Ceramah Kesihatan : “Penyimpanan Ubat” oleh Duta Kenali Ubat Anda

3.00-3.30pm
Pertandingan Spell Bee (Kategori bawah 12 tahun)

4.00-4.30pm
Ceramah Kesihatan  : “Antibiotic Awareness” oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)

5.00-5.30pm
Pertandingan Spell Bee (Kategori 50 tahun ke atas)

6.00-6.30pm
Ceramah Kesihatan : “Bersama Melawan Dengue” oleh Malaysian Pharmaceutical Society



Ahad (1 Oktober 2017)

Masa
Aktiviti
2.00-5.00pm
Treasure hunt
5.30pm
Penyampaian hadiah treasure hunt dan pertandingan teka kapsul.

Jom ke Queens Bay Mall


Jadi, pada 30 september dan 1 oktober tahun 2017 ini, marilah kita sama-sama memeriahkan sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang ni. Sambil membeli-belah, boleh juga datang untuk melakukan saringan kesihatan secara PERCUMA.

Dan jika terdapat sebarang persoalan atau kemusykilan berkenaan ubat, boleh tanya ahli farmasi anda di sana. Kami sedia membantu. #AskYourPharmacist . Oh ya, penulis juga akan turun berada di sana untuk bertugas sebagai emcee pada hari tersebut.

Jumpa disana! 


Friday, 11 August 2017

Farmasi Kompounding


Seperti yang telah disebut pada entri lepas yang bertajuk Tugas Farmasi Dalam Hospital, rupanya tak ramai yang tahu antara tugas seorang farmasi dalam hospital adalah menyediakan dan membancuh sediaan ubat dalam bentuk sirap dari ubat biji. Dalam bidang farmasi, ianya dipanggil compounding atau dalam bahasa melayu dipanggil meramu (dari perkataan  dasar ‘ramu’. Contoh kata terbitan : ramuan)

"Wah pertama kali saya tahu pelbagai tanggungjawab ahli farmasi selain bagi ubat kat kaunter. Selama ni ingatkan ubat syrup & krim tu datang dari kilang mcm tu je. huhuhu. Terima kasih ilmu baru dan berguna!"
-Noor Maizan, (2017 Jan 15)

Meramu :  mencari bahan-bahan yg diperlukan utk dijadikan sesuatu: Pagi-pagi lagi, nenek itu pergi meramu akar-akar kayu utk dibuat ubat.
[kamus dewan edisi keempat]

Transformasi peranan ahli farmasi : compounding kepada dispensing



Compounding merupakan antara peranan terbesar bagi seorang yang bergelar ahli farmasi dalam dunia perubatan barat pada suatu ketika dahulu, dimana hampir semua ubat yang di-prescribe oleh doctor adalah ubat yang dibancuh dan disediakan sendiri oleh ahli farmasi.

Kini, semuanya berubah disebabkan oleh kewujudan industri famaseutikal yang pesat membangun terutamanya pada sekitar tahun 1950an dimana ubat tidak lagi dibancuh dan disediakan oleh ahli farmasi tetapi dihasilkan secara besar-besaran oleh kilang-kilang farmaseutikal dalam bentuk sedia digunakan tanpa perlu bancuhan tambahan seperti sirap, tablet, pil, dan sebagainya.

Maka berlakulah transformasi peranan seorang ahli farmasi daripada meramu ubat kepada mendispens ubat. Akan tetapi, sehingga kini teknik compounding masih lagi diajar kepada pelajar jurusan bidang farmasi.

Dispens : Menyedia dan menyerahkan ubat-ubatan kepada yang memerlukan.
[Khidmat Rujukan Persuratan Melayu]

Bila ubat perlu dibancuh di hospital?


Walaupun tak banyak, kini masih terdapat beberapa kes dimana ubat perlu dibancuh oleh ahli farmasi sendiri sebelum di-dispens kepada pesakit. Antara contoh situasi yang dimaksudkan termasuklah :

1. Ubat dalam bentuk dosage form tersebut telah dihentikan pengeluaran oleh kilang-kilang syarikat farmaseutikal yang mungkin disebabkan oleh kos pengeluaran yang terlalu tinggi, produk ditarik balik dari pasaran (recall) dan sebagainya.
2. Kes-kes terpencil dimana seseorang pesakit mempunya alahan pada sesuatu bahan yang terdapat dalam ubat di pasaran selain dari bahan aktif ubat tersebut.
3. Kanak-kanak yang tidak dapat mengambil ubat biji tetapi ubat tersebut tiada dalam bentuk sirap dalam pasaran/stok
4. Ahli farmasi boleh menyediakan beberapa ubat dalam 1 sediaan sekiranya ubat tersebut serasi (compatible) apabila dicampurkan. Hal ini boleh memudahkan pesakit dan dapat meningkatkan kepatuhan terhadap ubat (compliance).



Tuntasnya, dengan adanya bidang dan cabang ahli farmasi sebagai farmasi kompounding dapat mengoptimumkan peranan seorang ahli farmasi sebagai pegawai kesihatan yang pakar dalam bidang ubat (the drug expert) bagi memudahkan pesakit mendapatkan ubat yang sesuai dengan keadaan mereka.

sumber dan rujukan :  

1. An Chau. (2016). Beyond dispensing: The unique role of a compounding pharmacist. MIMS; dipetik dari http://today.mims.com/topic/beyond-dispensing--the-unique-role-of-a-compounding-pharmacist?country=singapore&channel=gn-career
2. MOH Extemporaneous Formulary 2011. Bahagian Perkhidmatan farmasi, Kementerian Kesihatan malaysia.
3. Pusat Rujukan Persuratan melayu DBP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...